Home Nasional Polis N.Sembilan anjur program Singgah Sahur, erat hubungan dengan masyarakat
Nasional

Polis N.Sembilan anjur program Singgah Sahur, erat hubungan dengan masyarakat

Polis N.Sembilan anjur program Singgah Sahur, erat hubungan dengan masyarakat

FOTO RTM

NILAI, 16 Mac – “Polis dan masyarakat berpisah tiada.”

Itulah semangat yang dizahirkan menerusi program Singgah Sahur anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai bagi memperkukuh hubungan erat antara pihak berkuasa dan komuniti setempat.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata, program itu bukan sahaja bertujuan menyantuni masyarakat, tetapi juga sebagai langkah proaktif kehadiran polis di kawasan tertentu bagi pencegahan jenayah.

\”Program ini saya khususkan kepada Ketua Polis Daerah (OCPD) untuk memilih sekurang-kurangnya dua Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di Nilai agar kita dapat turun padang, menyantuni masyarakat serta memperkukuhkan kehadiran polis di kawasan tersebut.

\”Secara tidak langsung, ia juga sebagai langkah pencegahan jenayah,\” katanya ketika berucap di lokasi pertama program Singgah Sahur di Nilai.

Sebanyak 400 pek makanan telah disediakan untuk diedarkan ke lima lokasi terpilih iaitu KRT Desa Kolej, Nilai, SJR Batang Benar, Nilai, Balai Polis Lenggeng, Balai Polis Mantin, dan Masjid Sri Sendayan.

Program seumpama itu diharap dapat terus mempereratkan hubungan antara PDRM dan masyarakat, sekaligus menjadikan komuniti lebih peka terhadap aspek keselamatan di kawasan masing-masing.

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian...

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...