Home Nasional KDN lulus 19,627 permit masuk sejak 2015
Nasional

KDN lulus 19,627 permit masuk sejak 2015

KDN lulus 19,627 permit masuk sejak 2015

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail

KULIM, 15 Mac – Kementerian Dalam Negeri (KDN) meluluskan 19,627 permit masuk daripada 49,461 permohonan dalam tempoh 10 tahun sejak 2015.

Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata untuk tahun ini setakat Februari lalu sebanyak 2,587 permohonan permit masuk diluluskan menerusi penambahbaikan dilakukan Jabatan Imigresen (JIM).

Katanya Imigresen menerima banyak rungutan pemohon, sehingga ada yang menunggu hingga 16 tahun bagi mendapatkan kelulusan.

Bagaimanapun, dengan kepemimpinan baharu imigresen, proses itu dipercepatkan bagi mengelakkan kelewatan yang tidak perlu. Pihaknya akan terus memperkasakan sistem imigresen negara tanpa mengabaikan aspek keselamatan dan kedaulatan Malaysia.

\”Jadi bagi mempercepatkan proses kelulusan tempoh pemprosesan permohonan permit masuk akan dikurangkan kepada enam bulan kepada tarikh penerimaan dokumen yang lengkap berbanding tempoh pemprosesan sebelum ini yang tiada tempoh.

\”Kali ni kita ikat kepada enam bulan dan KDN khususnya JIM terus memastikan sistem pengurusan imigresen berjalan dengan cekap telus dan mesra rakyat tanpa kita kompromi aspek keselamatan,\” kata Saifuddin.

Sementara itu, beliau berkata Imigresen akan terus menguat kuasa dan memantau warga asing bagi mengelak menyalahgunakan pas termasuk menjalankan perniagaan.

Katanya, menerusi Inspektorat Penguatkuasaan Imigresen yang dilancarkan baru-baru ini, sebanyak 287 pemeriksaan dilakukan membabitkan bazar-bazar di seluruh negara hingga 12 Mac .

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....