Home Nasional JAIPk sangkal dakwaan larangan guna pembesar suara untuk azan
Nasional

JAIPk sangkal dakwaan larangan guna pembesar suara untuk azan

JAIPk sangkal dakwaan larangan guna pembesar suara untuk azan

Foto hiasan

IPOH, 15 Mac- Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) tidak pernah dan tidak akan mengeluarkan arahan terhadap larangan penggunaan pembesar suara luar untuk melaungkan azan di masjid dan surau.

JAIPk dalam satu kenyataan memaklumkan ia berikutan dakwaan seorang individu yang mendakwa larangan tersebut.

Bagaimanapun jabatan berkenaan tertakluk kepada Garis Panduan Penggunaan Pembesar Suara Untuk Azan yang dikeluarkan Jabatan Mufti Negeri.

\”Setelah meneliti keterangan dan menimbang secara saksama dengan mengambil kira maslahah dan mafsadah terhadap ummah khasnya dalam Negeri Perak.

\”Jawatankuasa Fatwa Negeri memperakukan bahawa Azan dan Iqamah diharuskan menggunakan pembesar suara di bahagian dalam dan luar masjiduntuk memaklumkan waktu masuk solat dan mendirikan solat,\” menurut kenyataan itu.

Perakuan berkenaan bagi memelihara syariat, meninggikan syiar Islam dan menghayati amalan sunah berjemaah.

Dalam pada itu masyarakat dinasihatkan supaya merujuk kepada Jawatankuasa masjid dan surau, Pejabat Agama Islam Daerah dan Jabatan Agama Islam Perak bagi mendapatkan penjelasan ataupun maklumat sebenar berkaitan masjid dan surau serta perkara berkaitan masyarakat di kalangan Umat Islam di negeri itu.

Khamis lalu, seorang lelaki tempatan berusia 47 tahun disiasat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kerana disyaki memuat naik kandungan palsu berunsur 3R (agama, raja dan kaum) yang menyentuh sensitiviti agama.

Kandungan berkenaan dipercayai dimuat naik menerusi laman aplikasi Facebook miliknya pada 9 Mac lalu yang mendakwa laungan azan melalui pembesar suara di Masjid Ayer Kuning tidak dibenarkan ketika ini.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....