Home Ekonomi Pasaran getah ditutup rendah susulan prestasi lemah niaga hadapan serantau
Ekonomi

Pasaran getah ditutup rendah susulan prestasi lemah niaga hadapan serantau

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 13 Mac– Pasaran getah tempatan ditutup rendah hari ini susulan petunjuk lemah daripada pasaran serantau dan kemerosotan harga minyak, kata seorang peniaga.

Beliau berkata sentimen pasaran juga dipengaruhi oleh ringgit lebih kukuh berbanding dolar US dalam persekitaran ancaman tarif baharu daripada Amerika Syarikat (AS) yang meningkatkan ketegangan perdagangan global dan kebimbangan terhadap kemelesetan AS.

Bagaimanapun, kerugian selanjutnya dihadkan oleh keyakinan dengan jangkaan bahawa lebih banyak rangsangan ekonomi akan berlaku di China dan inflasi pengguna AS yang lebih stabil daripada unjuran pada Februari 2025 iaitu pada 2.8 peratus tahun ke tahun.

Angka inflasi itu adalah kenaikan kecil sejak Oktober, memberikan sedikit kelegaan kerana pengguna dan perniagaan bimbang mengenai kesan tarif yang mungkin memberi kesan terhadap inflasi.

Penggiat pasaran juga dilihat bertindak balas terhadap pengurangan pengeluaran getah asli seperti dilaporkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).

DoSM melaporkan bahawa pengeluaran getah asli Malaysia merosot sebanyak 20.8 peratus pada Januari 2025 (30,342 tan) berbanding Disember 2024 (38,299 tan).

Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia (MRB) melaporkan harga Getah Mutu Malaysia (GMM) 20 turun 10.5 sen kepada 873.00 sen bagi setiap kilogram, manakala susu getah pukal susut 2.5 sen kepada 696.50 sen bagi setiap kilogram.- Livevartha

Related Articles

Ekonomi

Lawatan Xi Jinping buka laluan kerjasama strategik baharu Malaysia-China

Sebanyak 31 memorandum persefahaman (MoU) dimeterai merangkumi sektor kritikal: ekonomi, perdagangan, pendidikan,...

Ekonomi

Lawatan PM ke Thailand: Malaysia raih potensi eksport RM1.07 bilion

Malaysia berjaya meraih potensi eksport berjumlah RM1.07 bilion hasil lawatan rasmi Perdana...

Ekonomi

Kempen Umrah 1,000 Asnaf: Sembilan individu pertama terima tajaan

Ketua Pegawai Eksekutif Ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin / Foto BernamaPETALING JAYA, 19 April...

Ekonomi

AirAsia buka laluan ke Uzbekistan mulai September

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 19 April – Uzbekistan komited untuk memperkukuh...