Home Ekonomi Ketakutan ketinggalan punca belia berbelanja berlebihan
Ekonomi

Ketakutan ketinggalan punca belia berbelanja berlebihan

Sikap ingin memiliki sesuatu dengan segera dan takut ketinggalan menjadi faktor utama yang menyumbang kepada masalah kewangan dalam kalangan belia / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 14 Mac – Sikap ingin memiliki sesuatu dengan segera dan takut ketinggalan menjadi faktor utama yang menyumbang kepada masalah kewangan dalam kalangan belia.

Penolong Pengetua & Ilmuan di Kolej Al-Ameen, Perth, Australia, Syakh Yahya Ibrahim berpandangan faktor itu menyebabkan golongan muda terjebak dalam trend perbelanjaan berlebihan, termasuk pembelian impulsif tanpa mempertimbangkan keperluan sebenar.

Menurut beliau, keperluan untuk menampilkan imej gaya hidup mewah di media sosial turut menjadi penyumbang kepada perbelanjaan di luar kemampuan.

“Ketakutan untuk ketinggalan banyak dipengaruhi oleh gambaran dalam media sosial. Keinginan untuk hidup di luar kemampuan sebenar adalah satu fenomena sosial yang mana media juga perlu memikul tanggungjawab.

“Pemikiran seperti ini memerlukan penambahbaikan dan ia adalah sesuatu yang kita semua boleh usahakan bersama untuk diperbaiki,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Pendidikan Islam anjuran CIMB Bank Berhad dan CIMB Islamic Bank Berhad, di ibu negara.

Dalam pada itu, beliau turut menyarankan pihak berkaitan agar mengawal akses mudah kepada kredit dalam kalangan belia, termasuk kad kredit dan pinjaman peribadi, bagi mengelakkan mereka menanggung beban hutang pada usia muda.

Semalam, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mendedahkan bahawa sebanyak 5,272 belia berusia 34 tahun ke bawah telah diisytiharkan muflis sejak 2020 hingga tahun ini.

Related Articles

Gas Malaysia beri bantuan mangsa letupan Putra Heights
Ekonomi

Gas Malaysia beri bantuan mangsa letupan Putra Heights

MOHAMAD Farid Ghazali (kiri) menyampaikan replika cek sumbangan kepada Haniff Zainal Abidin...

Proton X50 baharu diperkenalkan pada media
Ekonomi

Proton X50 baharu diperkenalkan pada media

PROTON X50 baharu.PETALING JAYA: Proton Holdings Berhad (Proton) memperkenalkan Proton X50 terbaharu...

Kerajaan timbang undang-undang khusus kawal selia AI – Gobind
Ekonomi

Kerajaan timbang undang-undang khusus kawal selia AI – Gobind

GOBIND SINGH DEOKUALA LUMPUR: Kerajaan dalam proses meneliti keperluan untuk menggubal undang-undang...

Takaful Ikhlas perluas akses takaful kepada pekerja Prasarana
Ekonomi

Takaful Ikhlas perluas akses takaful kepada pekerja Prasarana

WAN Ahmad Najib Wan Ahmad Lotfi (dua kanan) bergambar bersama wakil-wakil syarikat...