Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 13 Mac(Livevartha)–FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) muncul sebagai indeks yang mencatatkan prestasi tertinggi di rantau ini hari ini, meningkat 1.69 peratus apabila melantun semula daripada penurunan lima hari, dipacu oleh aktiviti membeli saham berharga rendah.
Pada 5 petang, FBM KLCI melonjak 25.20 mata kepada 1,510.03 daripada paras penutup1,484.83 pada Rabu.
Petunjuk pasaran dibuka tinggi naik3.96 mata untuk ditutup kepada1,488.79 dan bergerak antara paras 1,487.0 dan1,513.97 sepanjang hari dagangan.
Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 651 berbanding244, manakala 522 kaunter tidak berubah, 973 tidak diniagakan dan13 digantung.
Jumlah dagangan meningkat kepada3.25 bilion unit bernilaiRM2.90bilion daripada3.09bilion unit bernilaiRM3.37bilion pada Rabu.
Ketua penyelidikan pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn BhdMohd Sedek Jantan berkata penurunansebelum ini telah menyebabkanindeks berada dalam situasi pembetulan teknikal seterusnyamendorong pelabur untuk membeli saham berharga rendah dengan asas yang kukuh.
Bagaimanapun, tidak semua indeks serantau pulih daripada penjualansemalam kerana kebanyakan daripada indeks tersebut terus mencatatkan penurunan.
“Dalam kalangankomponen FBM KLCI, saham pembinaan dan perbankan menerajuikenaikan hari ini. Saham yang teruk terjejas akibat penjualan semalam melantun dengan kukuh, pulih daripada penurunan sebelum ini,” katanya kepada Livevartha.