Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Berikutan Pengukuhan Dalam Harga Soya
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Berikutan Pengukuhan Dalam Harga Soya

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Berikutan Pengukuhan Dalam Harga Soya

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 13 Mac(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih tinggi, menjejaki pengukuhan harga dalam minyak kacang soya, katapeniaga minyak sawit David Ng.

Kebimbangan yang berterusan terhadap output yang lemah juga menyokong harga MSM.

"Secara teknikal, harga MSM mempunyai sokongan pada paras RM4,500 satu tan, dengan rintangan pada RM4,680 satu tan," kata Ng kepada Livevartha.

Sementara itu, Ketua Penyelidikan Komoditi Sunvin Group yang berpangkalan di Mumbai, Anilkumar Baganiberkata momentum positif dalam niaga hadapan minyak sayur-sayuran China, bersama-sama dengan harga tenaga yang mantap telah menaikkan harga minyak sawit.

Bagaimanapun,permintaan yang lemah dari pasaran destinasi mengehadkan keuntungan.

Pada penutup, kontrak Mac 2025 memperoleh RM14 kepada RM4,773 satu tan, April 2025 adalah RM38 lebih tinggi pada RM4,671 satu tandan Mei 2025 menokok RM52 kepadaRM4,539 satu tan.

Kontrak Jun 2025 melonjak sebanyak RM65 kepadaRM4,435 satu tan, Julai 2025 menambah RM69 kepada RM4,337 satu tandan Ogos 2025 meningkat RM68 kepada RM4,277 satu tan.

Jumlah dagangan merosot kepada 86,679 lot berbanding 94,670 lot yang dicatatkan semalam, manakala kepentingan terbuka berkembang kepada 247,422 kontrak daripada 244,703 kontrak sebelum ini.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Stok Meningkat Jejaskan Pasaran
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Stok Meningkat Jejaskan Pasaran

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 10 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...