Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Berikutan Pengukuhan Harga Minyak Kacang Soya
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Berikutan Pengukuhan Harga Minyak Kacang Soya

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Berikutan Pengukuhan Harga Minyak Kacang Soya

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 12 Mac(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi berikutan pengukuhan harga minyak kacang soya, kata peniaga minyak sawit David Ng.

Beliau berkata kebimbangan terhadap pengeluaran dan paras stok yang rendah di negara ini turut mempengaruhi sentimen.

“Dari segi teknikal, harga MSM akan mendapat paras sokongan padaRM4,400 setan dan paras rintangan pada RM4,650 setan,” kata Ng kepada Livevartha.

Sementara itu, CGS International Securities Malaysia Sdn Bhd berkata harga semerta MSM dijangka kekal mendapat sokongan pada paras semasa, diniagakan dalam julat RM4,500 hingga RM4,600 setan bulan ini.

Ia berkata bekalan minyak sawit akan kekal terhad pada Mac berikutan bulan Ramadan yang dijangka mengurangkan waktu bekerja, mungkin menjejaskan produktiviti buruh.

"Kami menjangkakan eksport minyak sawit akan kekal lemah padaMac disebabkan oleh catuan permintaan di tengah-tengah harga premium MSM berbanding minyak sayuran pesaing," kata CGS International dalam nota penyelidikannyasemalam.

Sementara itu, menurut kajian oleh Intertek Testing Services, eksport minyak sawit Malaysia bagi tempoh 1-10 Mac, 2025, adalah 25 peratus lebih rendah bulan ke bulan (m-o-m) berbanding 1-10 Feb, 2025.

Pada penutup dagangan, kontrak Mac 2025 naik RM22 kepada RM4,759 setan, April 2025 tidak berubah kepada RM4,633 setan, dan Mei 2025 susut RM1 kepada RM4,487 setan.

Related Articles

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) — Ringgit dijangka...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Berikutan Pengukuhan Harga Minyak Kacang Soya
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Diniagakan Dalam Aliran Menurun Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) –Pasaran niaga hadapan...

Niaga Hadapan Emas Didagangkan Dengan Berhati-hati Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Didagangkan Dengan Berhati-hati Minggu Depan

Gambar Fail Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) —...

Pasaran Getah Dijangka Lengang, Cenderung Menurun Susulan Ketidaktentuan Global
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Lengang, Cenderung Menurun Susulan Ketidaktentuan Global

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 19 April (Livevartha) –Pasaran getah...