Home Nasional Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang
Nasional

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang

FOTO RTM

BATU MAUNG, 13 Mac- Pelajar sekolah daripada keluarga B40 di Pulau Pinang yang mengalami masalah penglihatan bakal menerima cermin mata percuma melalui Skim Zakat Wakalah.

Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid berkata, sumbangan itu adalah hasil zakat perniagaan daripada syarikat insurans, Etiqa General Takaful, dengan kerjasama Yayasan Sahabat Bina Negara.

\”Program ini memanfaatkan skim Zakat Wakalah, di mana pembayar zakat, sama ada syarikat atau individu boleh menyokong pembangunan ekonomi ummah dengan memastikan pengagihan zakat dilakukan secara lebih tersusun dan berkesan,\” jelas beliau.

Menurut Datuk Dr Mohamad, hanya pelajar daripada golongan asnaf fakir, miskin, dan Fisabilillah layak menerima bantuan tersebut.

\”Sekolah perlu mengenal pasti pelajar dalam kategori asnaf, khususnya fakir dan miskin. Walaupun pelajar itu tergolong dalam Fisabilillah, kita fokuskan agihan ini kepada mereka yang benar-benar memerlukan,\” tambahnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Bantuan Cermin Mata Murid Sekolah Daerah Barat Daya di Sekolah Kebangsaan Permatang Damar Laut.

Setiap pelajar yang layak di lima daerah seluruh Pulau Pinang akan menerima cermin mata percuma selepas menjalani pemeriksaan penglihatan oleh pakar mata yang disediakan.

Program berkenaan diharap mampu membantu pelajar melihat dengan lebih jelas, sekali gus meningkatkan prestasi akademik mereka.

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian...

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...