Home Ekonomi Kadar jangka pendek diunjurkan kekal kukuh disokong operasi BNM
Ekonomi

Kadar jangka pendek diunjurkan kekal kukuh disokong operasi BNM

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 13 Mac- Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil pada Khamis dengan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) akan menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM12.90 bilion dalam sistem konvensional dan RM22.97 bilion dalam sistem Islam.

Hari ini, bank pusat akan menawarkan tiga tender repo berbalik, yang terdiri daripada tender RM3.5 bilion bagi tujuh hari, tender RM2.5 bilion untuk 32 hari dan tender RM1.0 bilion bagi 92 hari.

BNM juga melaksanakan tender repo berbalik semalaman RM9.0 bilion untuk satu hari.

Bank pusat turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balikk, serta kemudahan murabahah komoditi bercagar dengan tempoh satu minggu, satu bulan, dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan mengendalikan tender semalaman konvensional sehingga RM28.9 bilion dan tender semalaman murabahah bagi RM23.0 bilion.- Livevartha

Related Articles

Parkson Credit terbit sukuk wakalah pertama bernilai RM1 bilion
Ekonomi

Parkson Credit terbit sukuk wakalah pertama bernilai RM1 bilion

PARKSON Credit melancarkan program nota jangka sederhana Islamik bersandarkan aset (program sukuk...

Proton S70 terajui segmen C tahun lalu
Ekonomi

Proton S70 terajui segmen C tahun lalu

PROTON S70PETALING JAYA: Proton S70 mendominasi pasaran automotif Malaysia segmen C dengan...

Pertumbuhan ekonomi global diunjur perlahan kepada 2.4% tahun ini
Ekonomi

Pertumbuhan ekonomi global diunjur perlahan kepada 2.4% tahun ini

CHINA, ekonomi kedua terbesar dunia, dijangka menyaksikan pertumbuhan KDNK yang perlahan kepada...

Ekonomi

Ringgit tinggi meskipun DXY meningkat, naik berbanding mata wang lain

Foto Hiasan / FailKUALA LUMPUR, 13 Mac – Ringgit diniagakan lebih tinggi...