Home Pasaran Pasaran Getah Ditutup Rendah Seiring Pasaran Serantau
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Rendah Seiring Pasaran Serantau

Pasaran Getah Ditutup Rendah Seiring Pasaran Serantau

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Livevartha) — Pasaran getah Malaysia terus mengalami penyusutan untuk ditutup rendah hari ini seiring dengan pasaran niaga hadapan getah serantau yang rendah berikutan prestasi ekonomi China yang perlahan, kata peniaga.

Bercakap kepada Livevartha pasaran niaga hadapan getah Jepun susut untuk sesi kelima berturut-turut pada Isnin berikutan pengukuhan yen manakala tekanan deflasi dalam kalangan pengguna utama China mencetuskan kebimbangan mengenai pertumbuhan.

Sentimen pasaran turut dipacu penyusutan dalam harga minyak mentah dan ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar AS.

Harga minyak menyusut berikutan kebimbangan mengenai kesan tarif import Amerika Syarikatterhadap pertumbuhan ekonomi global dan permintaan bahan api serta peningkatan pengeluaran daripada Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum dan sekutu (OPEC+).

Bagaimanapun penurunan seterusnya dihadkan oleh kebimbangan berterusan mengenai kekurangan bekalan getah asli dan keyakinan yang semakin meningkat terhadap langkah rangsangan China.

Penggubal dasar China sedang membincangkan strategi dalam Kongres Rakyat Kebangsaan yang sedang berlangsung untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi, katanya.

Lembaga Getah Malaysia melaporkan Getah Mutu Malaysia (GMM) 20 menyusut 15.5 sen kepada 884.00 sen sekilogram pada 3 petang manakala lateks pukal rendah 4.5 sen kepada 703.50 sen sekilogram.

— Livevartha

Related Articles

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) — Ringgit dijangka...

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Diniagakan Dalam Aliran Menurun Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Diniagakan Dalam Aliran Menurun Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) –Pasaran niaga hadapan...

Niaga Hadapan Emas Didagangkan Dengan Berhati-hati Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Didagangkan Dengan Berhati-hati Minggu Depan

Gambar Fail Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) —...

Pasaran Getah Ditutup Rendah Seiring Pasaran Serantau
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Lengang, Cenderung Menurun Susulan Ketidaktentuan Global

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 19 April (Livevartha) –Pasaran getah...