Wednesday , 12 March 2025
Home Pasaran Tekanan Jualan Asak Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari
Pasaran

Tekanan Jualan Asak Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

Tekanan Jualan Asak Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Livevartha)– Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari Selasa susulan aktiviti jualan ketara membabitkan saham-saham bermodal rendah yang mengheret turun pasaran secara meluas.

Pada12.30 tengah hari, indeks utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 13.81 mata atau 0.89peratus kepada1,522.65 daripada paras penutup 1,536.46 pada Isnin.

Indeks penanda aras itu yang dibuka susut 10.45 mata kepada 1,526.01, bergerak antara 1,519.76 hingga 1,527.19 ketika sesi dagangan pagi.

Sentimen pasaran juga kurang memberangsangkan dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu928 berbanding 113 manakala 308 kaunter lain tidak berubah, sebanyak 1,025 tidak diniagakan dan tujuh lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak2.26bilion saham bernilai RM1.53bilion.

MalaccaSecurities Sdn Bhd berkatadasar perdagangan baharu Amerika Syarikat (AS) boleh mendorong peningkatan tindakan balas daripada rakan dagangnyayang berpotensi memperlahankan ekonomi global.

Firma pembrokeran itu berkata pada minggu ini, peniaga akan memantau dengan teliti data inflasi AS, indeks harga pengeluar dan tuntutan pengangguran negara maju itu untuk mengukur prospek dasar monetari dan sentimen ekonomi keseluruhan.

Selain itu, sentimen luar negara yang lebih lemah serta tekanan jualan juga mungkin berterusan di pasaran tempatan.

“Kami menjangkakan peniaga akan beralih kepada sektor agakstabil dan defensif pada ketika ini sebagai pendekatan yang lebih konservatif.

Related Articles

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Pada Sesi Dagangan Awal
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Pada Sesi Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 12 Mac(Livevartha) –Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Indeks Dolar AS Susut, Ringgit Terus Mengukuh Pada Sesi Awal
Pasaran

Indeks Dolar AS Susut, Ringgit Terus Mengukuh Pada Sesi Awal

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 12 Mac (Livevartha) — Ringgit meneruskan...

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Indeks Utama Susut Di Bawah Paras 1,500
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Indeks Utama Susut Di Bawah Paras 1,500

KUALA LUMPUR, 12 Mac(Livevartha)–Bursa Malaysia terus menyusut dalam sesi dagangan awalnya padaRabu,...

Tekanan Jualan Asak Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari
Pasaran

Potensi Ekonomi AS Meleset, Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 12 Mac(Livevartha) — Bursa Malaysia...