Wednesday , 12 March 2025
Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Eksport Yang Lemah
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Eksport Yang Lemah

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Eksport Yang Lemah

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Livevartha) –Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup rendah hari ini berikutan kadar eksport yang lebih lemah, kata peniaga minyak sawit David Ng.

Beliau berkata paras saham yang lebih tinggi daripada jangkaan di negara ini dan harga minyak kacang soya yang lemah turut menyumbang kepada penurunan harga.

"Kami melihat harga disokong pada paras RM4,450 setiaptan dan paras rintangan pada RM4,700 setiaptan," kata Ng kepada Livevartha.

Terdahuluhari ini, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) melaporkan eksport minyak sawit Malaysia pada Februari 2025 susut sebanyak 16.27 peratus kepada satu juta tan daripada 1.19 juta tan pada Januari 2025.

Dalam laporan prestasi industri Februari 2025, MPOB berkata pengeluaran MSM bagi bulan itu turun sebanyak 4.16 peratusatau sebanyak 51,516 tankepada 1.18 juta tan daripada 1.23 juta tan pada bulan sebelumnya.

Dari segi stok simpanan, MPOB berkata stok MSM meningkat sebanyak 4.66 peratus kepada 826,248 tan pada Februari daripada789,435 tan pada Januari.

Pada penutup dagangan, kontrak Mac 2025 susutRM94 kepada RM4,776 setiap tan, April 2025 berkurangRM108 kepada RM4,616 setiap tandan Mei 2025 merosotRM126 kepada RM4,499 setiap tan.

Sementara itu, kontrak Jun 2025 menguncupRM124 kepada RM4,382, Julai 2025 turun RM111 kepada RM4,278dan Ogos 2025 menyusutRM94 kepada RM4,215 setiap tan.

Related Articles

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Pada Sesi Dagangan Awal
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Pada Sesi Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 12 Mac(Livevartha) –Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Indeks Dolar AS Susut, Ringgit Terus Mengukuh Pada Sesi Awal
Pasaran

Indeks Dolar AS Susut, Ringgit Terus Mengukuh Pada Sesi Awal

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 12 Mac (Livevartha) — Ringgit meneruskan...

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Indeks Utama Susut Di Bawah Paras 1,500
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Indeks Utama Susut Di Bawah Paras 1,500

KUALA LUMPUR, 12 Mac(Livevartha)–Bursa Malaysia terus menyusut dalam sesi dagangan awalnya padaRabu,...

Potensi Ekonomi AS Meleset, Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari
Pasaran

Potensi Ekonomi AS Meleset, Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 12 Mac(Livevartha) — Bursa Malaysia...