Home Ekonomi Pelabur asing jual RM881.5 juta ekuiti minggu ke-20 berturut-turut
Ekonomi

Pelabur asing jual RM881.5 juta ekuiti minggu ke-20 berturut-turut

Pelabur asing jual RM881.5 juta ekuiti minggu ke-20 berturut-turut

PETALING JAYA: Pelabur asing meneruskan rentak jualan bersih di Bursa Malaysia untuk minggu ke-20 berturut-turut dengan mencatatkan aliran keluar bersih sebanyak RM881.5 juta pada minggu lalu, menurut MIDF Research.

Firma penyelidikan itu berkata, pelabur asing menjadi penjual bersih pada setiap hari dagangan, dengan Jumaat menyaksikan aliran keluar terbesar sebanyak RM310 juta.

Pada hari-hari lain, aliran keluar berjulat antara RM68.1 juta dan RM189.4 juta.
‘Tiga sektor teratas yang mencatat aliran masuk asing bersih ialah teknologi (RM40 juta), telekomunikasi & media (RM26.2 juta) dan perladangan (RM10.1 juta).

“Sementara itu, tiga sektor teratas yang mencatat aliran keluar asing bersih tertinggi ialah perkhidmatan kewangan (RM407 juta), produk & perkhidmatan pengguna (RM215.1 juta) dan utiliti (RM167.1 juta), katanya dalam laporan aliran dana berakhir 7 Mac 2025, hari ini.

Sementara itu, institusi tempatan terus menyokong bursa tempatan untuk minggu kedua puluh berturut-turut, dengan aliran masuk yang besar sebanyak RM617.3 juta ke dalam ekuiti domestik.

Firma penyelidikan itu berkata, pelabur runcit tempatan meneruskan rentetan belian bersih mereka untuk minggu keempat berturut-turut, mencatat aliran masuk bersih RM264.2 juta, penurunan sedikit daripada RM447 juta minggu lalu.

Katanya, purata volum dagangan harian (ADTV) menyaksikan penurunan secara menyeluruh kecuali institusi tempatan.

Pelabur asing dan runcit tempatan mengalami penurunan masing-masing sebanyak 35.6 peratus dan 3 peratus, manakala institusi tempatan menyaksikan kecondongan sebanyak 1.2 peratus. – UTUSAN

Related Articles

Ekonomi Malaysia berkembang 4.4 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Ekonomi Malaysia berkembang 4.4 peratus suku pertama 2025

MOHD. UZIR (kiri) dan Abdul Rasheed (kanan) membentangkan prestasi ekonomi Malaysia suku...

Rumah mampu milik gagal disebabkan faktor lokasi, mutu binaan
Ekonomi

Rumah mampu milik gagal disebabkan faktor lokasi, mutu binaan

RUMAH mampu milik perlu dibina dengan lokasi yang strategik serta mutu binaan...

Permintaan rumah mampu milik bawah RM500,000 terus dominasi pasaran
Ekonomi

Permintaan rumah mampu milik bawah RM500,000 terus dominasi pasaran

Pengurus PropertyGuru & iProperty, Kenneth Soh pada Laporan Kemampanan PropertyGuru Group 2024...

Sektor sarung tangan tempatan dijangka terkesan susulan perubahan tarif AS-China
Ekonomi

Sektor sarung tangan tempatan dijangka terkesan susulan perubahan tarif AS-China

PETALING JAYA: Sektor sarung tangan getah tempatan dijangka terjejas susulan pengurangan sementara...