Wednesday , 12 March 2025
Home Ekonomi Institusi tempatan terus sokong Bursa Malaysia, aliran masuk RM617.3 juta
Ekonomi

Institusi tempatan terus sokong Bursa Malaysia, aliran masuk RM617.3 juta

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 10 Mac- Institusi tempatan terus menyokong Bursa Malaysia dengan aliran masuk ke dalam ekuiti domestik bernilai RM617.3 juta minggu lepas.

Bagaimanapun, trend pembelian untuk minggu ke-20 berturut-turut itu susut sedikit, berbanding RM817.4 juta minggu sebelumnya.

Menurut MIDF Amanah Investment Bank Bhd, trend sama turut dipamerkan pelabur runcit tempatan.

Laporan Aliran Dana terkininya memaklumkan, sejumlah RM264.2 juta belian bersih direkodkan untuk minggu keempat berturut-turut.

Sebaliknya, pelabur asing melanjutkan jualan bersih untuk minggu ke-20, dengan aliran keluar lebih rendah berjumlah RM881.5 juta.

Sementara itu, jumlah dagangan harian purata (ADTV) susut secara menyeluruh kecuali bagi institusi tempatan yang meningkat 1.2 peratus.

Merentas ekuiti Asia, pelabur asing terus menjual bersih bagi minggu kedua berturut-turut, dengan jumlah aliran keluar bersih AS$8.17 bilion minggu lepas.

Related Articles

Ekonomi

Indeks Dolar AS susut, ringgit terus mengukuh pada sesi awal

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 12 Mac– Ringgit meneruskan pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat...

Ekonomi

LTAL dinobat Lapangan Terbang Terbaik Asia Pasifik

Foto Hiasan / BernamaKUBANG ROTAN, 12 Mac – Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi...

Inflasi dijangka lebih tinggi pada separuh kedua 2025
Ekonomi

Inflasi dijangka lebih tinggi pada separuh kedua 2025

TRAJEKTORI inflasi 2025 akan dipengaruhi oleh penyesuaian dasar domestik dan faktor-faktor luaran.PETALING...

Program MM2H jana pelaburan tahunan hampir RM1 bilion
Ekonomi

Program MM2H jana pelaburan tahunan hampir RM1 bilion

PETALING JAYA: Program visa Malaysia My Second Home (MM2H) yang dipinda pada...