Wednesday , 12 March 2025
Home Ekonomi Niaga hadapan emas ditutup rendah
Ekonomi

Niaga hadapan emas ditutup rendah

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 10 Mac-Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutuplebih rendah hari ini, mencerminkan kerugian di pasaran emas Comex Amerika Syarikat (AS) selepas pengukuhan dolar US di tengah-tengah kebimbangan mengenai dasar perdagangan Donald Trump.

Kontrak Mac 2025 menurun kepada US$2,917.70 satu auns troy berbanding US$2,928.60 satu auns troy yang dicatatkan padaJumaat lepas dan April 2025 menyusut kepadaUS$2,927.50 satu auns troy daripada US $2,938 satu auns troy.

Mei 2025, Jun 2025dan Ogos 2025 semuanya merosot kepada US$2,936.70 satu auns troy auns berbanding US$2,946.80 satu auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangan meningkat kepada 141 lot daripada 83 lot, manakala kepentingan terbuka menokok kepada 201 kontrak daripada 144 kontrak.

Berdasarkan kepada penetapan tengah hari London Bullion Market Association, 7 Mac, harga emas fizikal berada pada US$2931.15 satu aunstroy.- Livevartha

Related Articles

Ekonomi

Indeks Dolar AS susut, ringgit terus mengukuh pada sesi awal

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 12 Mac– Ringgit meneruskan pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat...

Ekonomi

LTAL dinobat Lapangan Terbang Terbaik Asia Pasifik

Foto Hiasan / BernamaKUBANG ROTAN, 12 Mac – Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi...

Inflasi dijangka lebih tinggi pada separuh kedua 2025
Ekonomi

Inflasi dijangka lebih tinggi pada separuh kedua 2025

TRAJEKTORI inflasi 2025 akan dipengaruhi oleh penyesuaian dasar domestik dan faktor-faktor luaran.PETALING...

Program MM2H jana pelaburan tahunan hampir RM1 bilion
Ekonomi

Program MM2H jana pelaburan tahunan hampir RM1 bilion

PETALING JAYA: Program visa Malaysia My Second Home (MM2H) yang dipinda pada...