Home Nasional Kebakaran di LRA Bukit Pinang, 65,000 akaun terjejas
Nasional

Kebakaran di LRA Bukit Pinang, 65,000 akaun terjejas

Kebakaran di LRA Bukit Pinang, 65,000 akaun terjejas

Kebakaran membabitkan kotak kawalan papan pengedaran elektrik (DB) di Loji Rawatan Air LRA Bukit Pinang

POKOK SENA, 9 Mac- Sebuah kotakkawalan papan pengedaran elektrik (DB) di Loji Rawatan Air LRA Bukit Pinang terbakar petang tadi.

Ketua Balai Bomba Penyelamat BBP Pokok Sena Pegawai Bomba Tinggi II,Bakar Saad menerusi kenyataan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kebakaran itu kira- kira pukul 3.11 petang.

Katanya sebuah jentera dari BBP Pokok Sena yang tiba di lokasi kejadian mendapati telah berlaku kebakaran DB dan bekalan elektrik telah dipotong Tenaga Nasional Berhad.

Kebakaran dapat dikawal beberapa minit kemudian.

Terdahulu, Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd dalam kenyataan memaklumkan sebanyak 65,000 akaun pengguna terjejas bekalan air terawat apabila LRA Bukit Pinang Fasa 1,2 dan 3 dihentikan tugas operasi 4.30 petang tadi .

Pemberhentian disebabkan litar pintas dan kerosakan pada sistem dalaman elektrikal pam air mentah.

Dua daerah terjejas iaitu Kota Setar dan Kubang Pasu termasuk bandaraya Alor Setar.

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian...

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...