KUALA LUMPUR, 10 Mac– Perkhidmatan klinik kesihatan selepas waktu pejabat (extended hours), membantu mengurangkan kesesakan di Jabatan Kecemasan dan Trauma hospital kerajaan.
MenurutTimbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni, perkhidmatan yang bermula sejak2008,kini dilaksanakan di49 klinik kesihatan.
\”Sehingga kini terdapat sejumlah 49 klinik kesihatan yang menjalankan \’extended hours\’. Umumnya \’extended hours\’ dilaksanakan pada setiap hari bekerja dari pukul 5.00 petang hingga 9.30 malam dan Sabtu pada 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.
\”Pada tahun 2023, enam klinik kesihatan daripada 49 klinik kesihatan \’extended hours\’ yang telah dipilih dalam projek rintis Pasukan Petugas Khas Reformasi Sektor Awam (Special Task Force on Agency Reform, STAR)\”, katanya pada sesi Dewan Negara.
Beliau berkata, enam klinik kesihatan terpilih di bawah projek rintisPasukan Petugas Khas Reformasi Sektor Awam itu juga telah memperluaskan operasi kehari Ahad dan cuti umumbagi meningkatkan akses perkhidmatan kesihatan.
Jelasnya, tahun lepaslebih 592,000 pesakitmendapatkan rawatan di 43 klinik kesihatan dalam tempoh \’extended hours\’, manakala enam klinik kesihatan STAR mencatatkan275,473 kehadiran pesakit, dengan purata90 hingga 120 pesakit sehari.
Untuk memastikan keberkesanan program ini, kerajaan telah memperuntukkanRM14.3 juta pada tahun ini, meningkat daripadaRM11.5 juta pada 2023, dengan purata elaun bulanan kakitangan meningkat kepadaRM3,059 sebulan.
Sementara itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menarik balik cadanganWaktu Bekerja Berfasa (WBB), selepas menerima pelbagai maklum balas daripada pakar dan petugas kesihatan.
\”Kita telah pun menarik semula apa itu keputusan tersebut dan juga kita memperincikan apakah kaedah yang bersesuaian bagi memberikan \’work life balance\’ kepada petugas-petugas kesihatan kita dan jugatanpa mengabaikan pendapatan yang mereka perolehi sebelum ini. Ini adalahmerupakan salah satu strategi yang kita laksanakan\”, katanya.
Katanya, KKM kini sedang mengkaji mekanisme terbaik untuk meningkatkan kesejahteraan petugas tanpa menjejaskan pendapatan mereka, selain mengambil kira keperluan tenaga kerja dan fasiliti kesihatan.