KUALA LUMPUR, 10 Mac- Sistem percukaian negara akan terus diperkukuh dengan ketelusan dan keadilan bagi memastikan semua lapisan masyarakat menyumbang secara adil kepada pembangunan negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan bahawa cukai adalah untuk rakyat dan bukan untuk tujuan membina kekayaan peribadi.
\”Untuk apa cukai? Untuk rakyat. Bukan untuk kepimpinan boros dan membina mahligai untuk peribadi mereka. Kepada siapa yang kita harus kutip cukai? Kepada yang mampu, yang punya hasil yang tinggi.
\”Abdul Rahman bin Khaldun dalamMuqaddimah mengatakan, jika cukai itu mendera, orang akan lari. Sama ada dengan tipu helah atau akan keluar,\” katanya ketikaberucap selepas Peluncuran Sistem MyInvois e-Pos dan Penggunaan MyDigital ID untuk MyTax/MySTR.
Perdana Menteri yakin dengan prestasiLembaga Hasil Dalam NegeriMalaysia (HASiL), di samping memuji pencapaian serta pelaksanaan sistem baharu agensi itu .
Pada 2024, kutipan cukai langsung berjumlah RM184.805 bilion, meningkat sebanyak RM1.465 bilion daripada RM183.34 bilion pada 2023.