Home Ekonomi MSM dijangka didagangkan antara RM4,300-RM4,500 minggu depan
Ekonomi

MSM dijangka didagangkan antara RM4,300-RM4,500 minggu depan

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 8 Mac- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) pada Bursa Malaysia Derivatif dijangka didagangkan lebih tinggi pada minggu depan, antara RM4,300 hingga RM4,500 satu tan, kata peniaga kanan minyak sawit Interband Group of Companies, Jim Teh.

Teh menjelaskan sentimen pasaran mungkin bersandar ke arah kecenderungan kenaikan harga di tengah -tengah asas yang kuat.

“Bagaimanapun, pemain pasaran akan memantau perkembangan pada Isnin depan, apabila Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dijadualkan mendedahkan angka eksport minyak sawit dan tahap inventori untuk Februari 2025,\” katanya kepada Bernama.

Teh juga menjelaskan perang tarif yang berterusan antara Amerika Syarikat dan China, Kanada dan Mexico serta mungkin negara-negara Kesatuan Eropah akan, sedikit sebanyak, mempengaruhi pasaran niaga hadapan MSM, memandangkan peniaga mungkin mengamalkan pendekatan yang lebih selamat.

“Dari segi permintaan fizikal, China, India, Pakistan, negara-negara Timur Tengah dan beberapa negara Kesatuan Eropah akan terus menjadi pembeli utama,” katanya.

Dari Jumaat ke Jumaat, kontrak Mac 2025 meningkat RM141 kepada RM4,870 satu tan, April 2025 memperoleh RM79 kepada RM4,724 satu tan, dan Mei 2025 menokok RM71 kepada RM4,625 satu tan.

Sementara itu, kontrak Jun 2025 naik RM51 kepada RM4,506 satu tan, Julai 2025 mencatatkan penambahan sebanyak RM25 kepada RM4,389 satu tan dan Ogos 2025 melonjak sebanyak RM7 kepada RM4,309 satu tan.

Jumlah dagangan mingguan berkembang kepada 471,778 lot berbanding 348,129 lot sebelum ini, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 242,153 kontrak daripada 241,330.

Harga MSM fizikal untuk Mac Selatan menambah RM100 kepada RM4,900 satu tan.

— Livevartha

Related Articles

Ekonomi

Bursa Malaysia dijangka tinggi minggu depan berikutan sentimen lebih baik

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 8 Mac- Bursa Malaysia dijangka diniagakan lebih tinggi minggu...

Ekonomi

Pasaran getah dijangka diniagakan sedikit rendah minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 8 Mac- Pasaran getah Malaysia dijangka diniagakan rendah sedikit...

Ekonomi

Ringgit diunjur cecah 4.41-4.45 berbanding dolar minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 8 Mac- Langkah Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar...

Ekonomi

18 PED antara pemacu utama integrasi, pertumbuhan ekonomi serantau

Foto hiasan/ LivevarthaKUALA LUMPUR, 7 Mac– 18 Keberhasilan Utama Ekonomi (PED) akan...