Home Nasional Hari Wanita Sedunia: Seruan perkasa kepimpinan wanita, lonjak penyertaan politik
Nasional

Hari Wanita Sedunia: Seruan perkasa kepimpinan wanita, lonjak penyertaan politik

Hari Wanita Sedunia: Seruan perkasa kepimpinan wanita, lonjak penyertaan politik

FOTO FB Teo Nie Ching (张念群)

KUALA LUMPUR, 8 Mac- Sempena sambutan Hari Wanita Sedunia tahun ini, Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching mahu semua pihak mengangkat serta memberi sokongan lebih jitu kepada para wanita khususnya di negara ini.

Ia termasuk memberi lebih banyak ruang kepada golongan itu dalam pembuatan dasar serta pentadbiran negara.

Beliau menerusi hantarannya di Facebook, mahu golongan wanita lebih memperkasa kepimpinan dan memperluas pendedahan mereka dalam bidang politik.

Katanya, setakat ini hanya 13.5 peratus wanita yang aktif di peringkat parlimen dan 16.1 peratus di peringkat kabinet Kerajaan MADANI.

Beliau menyeru agar ruang lebih banyak dan adil diberikan kepada golongan itu bagi memastikan mereka mampu berkembang dan menyumbang tanpa halangan.

Katanya, dengan sokongan dan komitmen semua pihak, kesaksamaan jantina yang sebenar dapat dicapai sekaligus membina masa depan yang lebih cerah untuk negara.

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian...

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...