Home Nasional Penghuni Pusat Koreksional Perlis meninggal dunia dipercayai jatuh bilik air
Nasional

Penghuni Pusat Koreksional Perlis meninggal dunia dipercayai jatuh bilik air

Penghuni Pusat Koreksional Perlis meninggal dunia dipercayai jatuh bilik air

Pusat Koreksional Perlis

KANGAR, 8 Mac- Seorang penghuni Pusat Koreksional Perlis di Arau meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Fauziah (HTF) semalam, selepas dipercayai terjatuh di bilik air pada 6 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Arau, Penguasa Polis (SUPT) Ahmad Mohsin Md Rodi berkata, lelaki berusia 23 tahun itu merupakan tahanan reman bagi kes dadah di bawah Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan disahkan meninggal dunia pada jam 10.20 pagi.

Menurutnya, mangsa yang berasal dari Langkawi itu dibawa ke HTF sekitar jam 5.45 petang, Rabu lalu oleh anggota pusat koreksional selepas ditemukan dalam keadaan separa sedar di bilik air.

Pemeriksaan awal doktor mendapati mangsa mengalami kecederaan pada organ dalaman, melibatkan bahagian hati dan sebahagian usus.

Bagaimanapun, hasil pemeriksaan luaran tidak menunjukkan sebarang kesan lebam atau kecederaan yang mengaitkan unsur jenayah. Hanya terdapat kesan luka sepanjang tiga sentimeter di bahagian atas dahi kiri, dipercayai akibat terjatuh di bilik air.

\”Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan bedah siasat akan dilakukan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar hari ini bagi mengenal pasti punca sebenar kematian dan kecederaan organ dalaman mangsa,\” katanya dalam satu kenyataan.

Ahmad Mohsin memaklumkan, mangsa ditahan reman di pusat koreksional berkenaan sejak 17 Disember tahun lalu dan sedang menunggu hukuman daripada Mahkamah Majistret Langkawi.

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian...

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...