Home Nasional Adik perempuan Hadin Azman ditemukan selamat
Nasional

Adik perempuan Hadin Azman ditemukan selamat

Adik perempuan Hadin Azman ditemukan selamat

Nur Khalisya ditemukan selamat di rumah keluarga angkatnya di Jalan Sikamat Lama, Seremban Putra, Negeri Sembilan

KUALA LUMPUR, 8 Mac- Selepas 12 hari hilang, adik perempuan bekas pemain bola sepak kebangsaan Hadin Azman akhirnya ditemukan selamat di rumah keluarga angkatnya di Jalan Sikamat Lama, Seremban Putra, Negeri Sembilan hari ini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Mohamad Lazim Ismail dalam kenyataan ringkas mengesahkan penemuan Nur Khalisya, 16, pada 11.14 pagi tadi.

“Maklumat lanjut akan menyusul,” katanya.

Semalam Bernama melaporkan Nur Khalisya dipercayai hilang di sekitar Jalan Peel di sini sejak 25 Feb lepas.

Hadin dalam hantaran menerusi media sosial berkongsi poster memaklumkan kehilangan adik perempuannya dan memohon bantuan orang ramai mengesan remaja itu.

Mohamad Lazim juga mengesahkan menerima laporan daripada ibu remaja itu yang menyatakan menyedari kehilangan anaknya ketika mahu mengambilnya pulang dari sebuah sekolah di Jalan Peel pada 4 petang, 25 Feb lepas.- BERNAMA

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian...

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...