Home Ekonomi 18 PED antara pemacu utama integrasi, pertumbuhan ekonomi serantau
Ekonomi

18 PED antara pemacu utama integrasi, pertumbuhan ekonomi serantau

Foto hiasan/ Livevartha

KUALA LUMPUR, 7 Mac– 18 Keberhasilan Utama Ekonomi (PED) akan menjadi antara pemacu utama integrasi dan pertumbuhan ekonomi serantau.

Pengarah Kanan, Bahagian Integrasi Ekonomi ASEAN, MITI, Dr Sugumari S.Shanmugam berkata, PED meliputi usaha memperkukuh perdagangan dan pelaburan, mewujudkan laluan inklusif dan mampan, serta menggalakkan keterhubungan serantau.

Bagi memperkukuh perdagangan dan pelaburan, ia melibatkan usaha menyepadukan perdagangan serantau, agar aliran dagangan lebih lancar dan efisien.

\”Jadi, kami sebenarnya sedang membincangkan lebih lanjut mengenai penambahbaikan Perjanjian Perdagangan Barang ASEAN.

\”Rundingan sedang berlangsung dan diharapkan menjelang akhir tahun, atau lebih baik lagi ketika para pemimpin bertemu, kami dapat menandatangani perjanjian tersebut serta perjanjian lain yang penting dengan rakan dialog kami, contohnya dengan India, China dan juga pengisytiharan kerjasama ASEAN-GCC yang akan datang\”, katanya dalam program Biz Malaysia di TV1.

Tambahnya, pemukiman Menteri-MenteriEkonomi ASEAN (AEM) ke-31, melakar pencapaian penting dengan menyokong pelbagai inisiatif ekonomi termasuk kesemua PED.

Ia bakal dibentangkan pada Sidang Kemuncak PemimpinASEAN ke-46 November ini, dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Related Articles

Ekonomi

Lawatan Xi Jinping buka laluan kerjasama strategik baharu Malaysia-China

Sebanyak 31 memorandum persefahaman (MoU) dimeterai merangkumi sektor kritikal: ekonomi, perdagangan, pendidikan,...

Ekonomi

Lawatan PM ke Thailand: Malaysia raih potensi eksport RM1.07 bilion

Malaysia berjaya meraih potensi eksport berjumlah RM1.07 bilion hasil lawatan rasmi Perdana...

Ekonomi

Kempen Umrah 1,000 Asnaf: Sembilan individu pertama terima tajaan

Ketua Pegawai Eksekutif Ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin / Foto BernamaPETALING JAYA, 19 April...

Ekonomi

AirAsia buka laluan ke Uzbekistan mulai September

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 19 April – Uzbekistan komited untuk memperkukuh...