Home Ekonomi EmpowerHER Digital bantu wanita B40 ceburi ekonomi digital
Ekonomi

EmpowerHER Digital bantu wanita B40 ceburi ekonomi digital

EmpowerHER Digital bantu wanita B40 ceburi ekonomi digital

GOBIND Singh Deo ketika melancarkan program EmpowerHER Digital 2025 di SME Corp di sini, hari ini. UTUSAN/SABRINA ZULKIFLI

KUALA LUMPUR: Program EmpowerHER Digital dilancarkan bagi memperkasa wanita dalam kalangan kumpulan B40 dengan kemahiran digital, akses pasaran dan bimbingan untuk mereka membina perniagaan serta meningkatkan taraf hidup.

Program tersebut merupakan kerjasama di antara Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Digital Nasional Berhad (DNB) dengan sokongan SME Corp Malaysia, serta beberapa syarikat industri termasuk Shopee, TikTok, CGC Digital dan Pixlr.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, EmpowerHER Digital diwujudkan bagi memastikan wanita dari kumpulan B40 tidak ketinggalan dalam era digitalisasi sekali gus membolehkan mereka membina perniagaan dan kehidupan yang stabil.

Ujarnya, program itu harus diperluas ke lebih banyak negeri supaya lebih ramai wanita, termasuk di luar bandar dapat menikmati manfaat ekonomi.

“Transformasi digital mesti bersifat inklusif dan membuka peluang kepada semua, terutama kumpulan B40. Inisiatif seperti EmpowerHer Digital memainkan peranan penting dalam memastikan wanita Malaysia bukan sahaja celik teknologi tetapi juga mampu bersaing dalam ekonomi digital yang pesat berkembang.

“Saya yakin apabila program ini diperluas, kesannya bukan hanya kepada individu tetapi akan turut memberi impak positif kepada pembangunan dan ekonomi negara,” katanya ketika merasmikan program EmpowerHER Digital 2025 di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Anuar Fariz Fadzil, berkata EmpowerHER Digital bukan sekadar satu program latihan, tetapi satu gerakan untuk membina ekosistem sokongan yang mampan bagi wanita B40.

“Melalui program ini, mereka bukan sahaja dilengkapi dengan kemahiran digital, tetapi juga bimbingan daripada mentor serta akses kepada rakan industri yang boleh membantu mereka mengembangkan perniagaan.

“Pelancaran EmpowerHer Digital 2025 ini mencerminkan komitmen kerjasama antara kerajaan dan sektor swasta dalam memperkasakan wanita dalam ekosistem digital,” katanya.

Antara pengisian utama program ialah bengkel interaktif, sesi perkongsian industri, serta pameran mini yang memberi pendedahan kepada peserta mengenai strategi perniagaan digital, penjenamaan atas talian, serta akses pembiayaan dan pasaran.

Related Articles

Ekonomi

Indeks Dolar AS susut, ringgit terus mengukuh pada sesi awal

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 12 Mac– Ringgit meneruskan pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat...

Ekonomi

LTAL dinobat Lapangan Terbang Terbaik Asia Pasifik

Foto Hiasan / BernamaKUBANG ROTAN, 12 Mac – Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi...

Inflasi dijangka lebih tinggi pada separuh kedua 2025
Ekonomi

Inflasi dijangka lebih tinggi pada separuh kedua 2025

TRAJEKTORI inflasi 2025 akan dipengaruhi oleh penyesuaian dasar domestik dan faktor-faktor luaran.PETALING...

Program MM2H jana pelaburan tahunan hampir RM1 bilion
Ekonomi

Program MM2H jana pelaburan tahunan hampir RM1 bilion

PETALING JAYA: Program visa Malaysia My Second Home (MM2H) yang dipinda pada...