Home Ekonomi BNM kekalkan OPR pada 3 peratus
Ekonomi

BNM kekalkan OPR pada 3 peratus

Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3 peratus / Foto Hiasan / Fail

KUALA LUMPUR, 6 Mac – Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3 peratus.

Menurut BNM, pada tahap semasa, pendirian dasar monetari kekal menyokong ekonomi serta sejajar dengan penilaian terhadap prospek inflasi dan pertumbuhan.

Penunjuk terkini menunjukkan pertumbuhan global terus berdaya tahan, disokong oleh permintaan dalam negeri yang kukuh serta perdagangan global.

Bagi tahun 2025, ekonomi dunia dijangka mampan, didorong oleh keadaan pasaran pekerja yang positif, inflasi yang sederhana, serta dasar monetari yang kurang ketat.

Disinflasi di kebanyakan negara maju dijangka berterusan susulan penurunan harga komoditi serta kesan dasar monetari ketat sebelum ini yang semakin luput.

BNM turut menjangkakan perdagangan global kekal stabil, disokong oleh peningkatan kitaran teknologi.

Namun begitu, prospek pertumbuhan global, inflasi dan perdagangan masih tertakluk kepada ketidakpastian signifikan, termasuk dasar tarif serta perkembangan geopolitik.

Faktor ini boleh menyebabkan volatiliti pasaran kewangan global yang lebih ketara.

Sementara itu, ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan 5.1 peratus pada tahun 2024, didorong oleh permintaan dalam negeri yang kukuh serta pemulihan eksport.

Related Articles

Ekonomi

MSM dijangka didagangkan antara RM4,300-RM4,500 minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 8 Mac- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM)...

Ekonomi

Bursa Malaysia dijangka tinggi minggu depan berikutan sentimen lebih baik

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 8 Mac- Bursa Malaysia dijangka diniagakan lebih tinggi minggu...

Ekonomi

Pasaran getah dijangka diniagakan sedikit rendah minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 8 Mac- Pasaran getah Malaysia dijangka diniagakan rendah sedikit...

Ekonomi

Ringgit diunjur cecah 4.41-4.45 berbanding dolar minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 8 Mac- Langkah Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar...