Home Nasional Wanita nyaris maut kereta terbakar di Lebuhraya Utara-Selatan
Nasional

Wanita nyaris maut kereta terbakar di Lebuhraya Utara-Selatan

Wanita nyaris maut kereta terbakar di Lebuhraya Utara-Selatan

Tangkap layar video tular di media sosial

PENDANG, 6 Mac- Seorang wanita terselamat selepas kereta dipandunya terbakar dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 70.9 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, dekat sini, pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Chempedak, Mohd Fauzi Razali berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 7.03 pagi sebelum menghantar pasukan ke lokasi.

Sebaik tiba, anggota bomba segera menjalankan operasi pemadaman dan menyelamat.

Kebakaran menyebabkan sebuah kenderaan musnah 95 peratus, manakala pemandu kedua-dua kenderaan terbabit, masing-masing berusia 31 dan 36 tahun hanya mengalami kecederaan ringan.

Kedua-dua mangsa diberi rawatan awal sebelum diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut.

Punca kejadian masih dalam siasatan.

0603 KEMALANGAN KERETA TERBAKAR
Kebakaran menyebabkan sebuah kenderaan musnah 95 peratus, manakala pemandu kedua-dua kenderaan mengalami kecederaan ringan

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian...

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...