Home Nasional Tiga lelaki dibebaskan tuduhan edar, miliki dadah
Nasional

Tiga lelaki dibebaskan tuduhan edar, miliki dadah

Tiga lelaki dibebaskan tuduhan edar, miliki dadah

FOTO RTM

JOHOR BAHRU, 6 Mac- Mahkamah Tinggi Johor Bahru hari ini melepas dan membebaskan tiga lelaki daripada dua pertuduhan mengedar serta memiliki dadah jenis syabu di Mersing, Johor, enam tahun lalu.

Hakim Datuk Abu Bakar Katar membuat keputusan itu terhadap K. Puvanisveran, 58, S. Purusothaman, 42, dan R. Viknesh, 39, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.

Dalam penghakiman, mahkamah berpendapat premis dan ladang berkenaan boleh diakses oleh pihak lain selain tertuduh, selari dengan keterangan saksi pendakwaan.

Berdasarkan pertuduhan pertama, ketiga-tiga tertuduh yang bekerja sebagai penternak ketika itu didakwa bersama-sama mengedar 6.20 kilogram syabu di sebuah premis di Kampung Pengkalan Batu, Mersing, pada 28 Ogos 2019.

Bagi pertuduhan kedua, mereka dituduh memiliki 58.68 liter cecair yang mengandungi syabu di lokasi, tarikh dan masa yang sama.

Mereka sebelum ini didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman bawah Seksyen 39B(2) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Selain itu, ketiga-tiga mereka turut didakwa bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mengikut Seksyen 12(3) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian...

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...