Home Nasional KDN cadang tambah CIC di Sabah dan Sarawak
Nasional

KDN cadang tambah CIC di Sabah dan Sarawak

KDN cadang tambah CIC di Sabah dan Sarawak

Foto facebook JSJ PDRM

KUALA LUMPUR, 6 MacKementerian Dalam Negeri (KDN) sedia meneliti serta mengkaji keperluan bagi menambah Pusat Temuduga Kanak-Kanak (CIC) terutama di Pantai Timur Sabah dan Sarawak.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Sri Shamsul Anuar Nasarah memaklumkan ketika ini terdapat 34 pusat CIC di seluruh negara.

Daripada jumlah tersebut 28 pusat CIC ditubuhkan di semenanjung manakala masing -masing 3 buah pusat CIC di Sarawak dan Sabah

\”Statistik jumlah rakaman yang diberikan oleh CIC di Negeri Sabah sahaja pada tahun 2023 ialah 385 , 2024 sebanyak 476 dan ada peningkatan.

\”KDN serta PDRM mengambil langkah strategik dalam usaha kita meningkatkan kapasiti pegawai-pegawai kita di CIC dalam menjalankan temuduga kanak-kanak dengan menekankan pendekatan berasaskan trauma, teknik forensik dan kaedah integrasi yang mengurangkan tekanan emosi kanak-kanak itu sendiri\”, katanya demikian menjawab pertanyaan yang dikemukan oleh Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy di Parlimen.

Pusat Temuduga Kanak-Kanak (CIC) telah ditubuhkan pada 12 Februari 2002 dan lokasi pertamanya adalah di Kuala Lumpur

Pusat ini turut berkerjasama pelbagai pihak berkaitan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan badan Gauman dalam memberi latihan dan teknik temuduga pegawai mengenai sensitif terhadap trauma kanak-kanak.

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian...

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...