Home Ekonomi Caruman KWSP pekerja asing langkah seimbang pasaran buruh
Ekonomi

Caruman KWSP pekerja asing langkah seimbang pasaran buruh

Penetapan kadar caruman KWSP sebanyak dua peratus bagi pekerja asing dilihat sebagai langkah seimbang dalam mengekalkan keadilan pasaran buruh / Foto Hiasan / Bernama

KUALA LUMPUR, 5 Mac – Penetapan kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak dua peratus bagi pekerja asing dilihat sebagai langkah seimbang dalam mengekalkan keadilan pasaran buruh serta memperkukuh perlindungan sosial golongan tersebut.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan berkata pelaksanaan tersebut boleh dianalisis dari dua perspektif utama, iaitu ekonomi buruh dan ekonomi awam.

\”Dari sudut ekonomi buruh, langkah ini memastikan pekerja asing tidak mempunyai kelebihan kos yang tidak adil berbanding pekerja tempatan. Ia sekali gus mengelakkan tekanan ke bawah terhadap kadar gaji dan mewujudkan persaingan lebih saksama dalam pasaran pekerjaan,\” katanya ketika dihubungi RTM.

Tambah beliau, keadaan itu juga memastikan majikan membuat keputusan pengambilan pekerja berdasarkan keperluan sebenar, bukan semata-mata faktor kos buruh yang lebih rendah.

Dari sudut ekonomi awam pula, caruman KWSP tersebut dapat meningkatkan perlindungan sosial bagi pekerja asing, selain mengurangkan kebergantungan mereka terhadap perkhidmatan awam seperti kesihatan dan kebajikan.

Pada Isnin, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan caruman mandatori KWSP bagi pekerja asing ditetapkan pada kadar dua peratus, jauh lebih rendah berbanding cadangan asal sebanyak 12 peratus.

Related Articles

Ekonomi

Lawatan Xi Jinping buka laluan kerjasama strategik baharu Malaysia-China

Sebanyak 31 memorandum persefahaman (MoU) dimeterai merangkumi sektor kritikal: ekonomi, perdagangan, pendidikan,...

Ekonomi

Lawatan PM ke Thailand: Malaysia raih potensi eksport RM1.07 bilion

Malaysia berjaya meraih potensi eksport berjumlah RM1.07 bilion hasil lawatan rasmi Perdana...

Ekonomi

Kempen Umrah 1,000 Asnaf: Sembilan individu pertama terima tajaan

Ketua Pegawai Eksekutif Ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin / Foto BernamaPETALING JAYA, 19 April...

Ekonomi

AirAsia buka laluan ke Uzbekistan mulai September

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 19 April – Uzbekistan komited untuk memperkukuh...