Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 4 Mac(Livevartha) — Bursa Malaysia ditutup rendah bagihari keempat berturut-turut hari ini seiring dengan prestasi lemah di pasaran serantauberikutan kebimbangan terhadap peningkatan ketegangan perang perdagangan.
Ini susulan langkah Amerika Syarikat (AS) yang mengesahkan pelaksanaan tarifnya ke atas Mexico, Kanada dan China, berkuat kuasa hari ini.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 15.73 mata atau 1.0 peratus kepada 1,555.66 daripada paras penutup 1,571.39 pada Isnin.
Indeks utama dibuka rendah susut 9.69 mata kepada1,561.70 dan bergerak antara paras1,555.04 dan 1,564.26 sepanjang hari dagangan.
Di keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 840 berbanding 140, manakala 514 kaunter tidak berubah, 837 tidak diniagakan dan enam digantung.
Jumlah dagangan meningkat kepada3.81bilion unit bernilaiRM3.04bilion daripada3.18 bilion unit bernilaiRM2.44bilion pada Isnin.
Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata, laporan ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang kurang memberangsangkandalam dua minggu lepas turut mempengaruhi sentimen pasaran.
“Pelabur serantau akan memantau rapat mesyuarat National People’s Congress yang bermula di Beijing pada hari Rabu, menjangkakan China akan mengumumkan langkah-langkah rangsangan ekonomi,” katanya kepada Livevartha.