Home Ekonomi Kadar jangka pendek diunjur kekal kukuh, disokong operasi BNM
Ekonomi

Kadar jangka pendek diunjur kekal kukuh, disokong operasi BNM

Foto Hiasan / Fail

KUALA LUMPUR, 5 Mac – Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil pada Rabu dengan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) akan menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM14.99 bilion dalam sistem konvensional dan RM31.74 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat akan menawarkan dua tender repo berbalik meliputi tender bernilai RM2.1 bilion bagi tujuh hari dan tender RM1.7 bilion untuk 33 hari.

BNM juga melaksanakan tender repo berbalik Islam bernilai RM480 ​​juta bagi tujuh hari serta tender repo berbalik semalaman RM8 bilion untuk sehari.

Bank pusat juga mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik, serta kemudahan murabahah komoditi bercagar bagi tempoh seminggu, sebulan dan tiga bulan.

Pada pukul 4 petang, BNM akan melaksanakan tender semalaman konvensional bagi RM26.8 bilion dan tender semalaman murabahah bagi RM32.2 bilion.-Livevartha

Related Articles

Ekonomi

Ringgit naik 170 peratusan dalam mata berbanding dolar dalam sesi awal

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 6 Mac- Ringgit meneruskan momentum positifnya berbanding dolar Amerika...

Ekonomi

Bursa Malaysia dibuka tinggi selepas empat hari catat penurunan

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 5 Mac – Bursa Malaysia mengakhiri penurunan selamaempat hari...

Ekonomi

Caruman KWSP pekerja asing langkah seimbang pasaran buruh

Penetapan kadar caruman KWSP sebanyak dua peratus bagi pekerja asing dilihat sebagai...

Ekonomi

Kerajaan siasat isu cip AI disekat AS

Foto Hiasan / ReutersKUALA LUMPUR, 5 Mac – Kerajaan sedang menyiasat kemungkinan...