Home Ekonomi OPEC tingkat pengeluaran minyak mulai 1 April
Ekonomi

OPEC tingkat pengeluaran minyak mulai 1 April

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 4 Mac– Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya, OPEC+ akan meneruskan rancangan untuk meningkatkan pengeluaran minyak, bermula 1 April ini.

Lapan negara anggota OPEC+ bersetuju melaksanakan langkah itu secara beransur-ansur dan fleksibel, bagi pelarasan sukarela sebanyak 2.2 juta tong sehari.

Menurut kenyataan OPEC, keputusan itu dibuat berdasarkan asas pasaran yang kukuh serta prospeknya yang positif.

\”Persetujuan ini dicapai susulan mesyuarat secara maya yang diadakan pada hari yang sama.

Di sebalik persetujuan yang dicapai, negara anggota kekal berhati-hati dengan keadaan pasaran dan sedia menghentikan sementara atau membatalkan kenaikan pengeluaran jika perlu,\” kata kenyataan itu.

Pengurangan pengeluaran sebanyak 2.2 juta tong sehari dimulakan sejak suku pertama 2024.

Langkah itu telah dilanjutkan untuk beberapa kali, dengan penetapan terkini sehingga suku pertama 2025.

Related Articles

Ekonomi

Lawatan Xi Jinping buka laluan kerjasama strategik baharu Malaysia-China

Sebanyak 31 memorandum persefahaman (MoU) dimeterai merangkumi sektor kritikal: ekonomi, perdagangan, pendidikan,...

Ekonomi

Lawatan PM ke Thailand: Malaysia raih potensi eksport RM1.07 bilion

Malaysia berjaya meraih potensi eksport berjumlah RM1.07 bilion hasil lawatan rasmi Perdana...

Ekonomi

Kempen Umrah 1,000 Asnaf: Sembilan individu pertama terima tajaan

Ketua Pegawai Eksekutif Ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin / Foto BernamaPETALING JAYA, 19 April...

Ekonomi

AirAsia buka laluan ke Uzbekistan mulai September

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 19 April – Uzbekistan komited untuk memperkukuh...