Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 3 Mac (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnindipengaruhi oleh penurunan harga olein sawit Dalian,kata peniaga sawit David Ng
Beliau berkata kebimbangan terhadap permintaan yang lembap pada minggu hadapan turut mempengaruhi sentimen pasaran.
“Kami menjangkakansokongan pada RM4,430satu tan dan rintangan pada RM4,600 satu tan,” katanya kepada Livevartha.
Pada penutup dagangan, bulan kontrak Mac2025 susut RM47 kepadaRM4,682 satu tan, April 2025 jatuhRM60 kepadaRM4,585 setan dan Mei2025 berkurangan RM70 kepadaRM4,484 satu tan.
Dalam pada itu,Jun2025 merosot RM73 kepadaRM4,382 setan, Julai2025 jatuhRM74 kepadaRM4,290 satu tan dan Ogos2025 turunRM71 kepadaRM4,231 setan.
Jumlah dagangan jatuhkepada 50,914lot daripada 76,860lot semalam, manakala kepentingan terbuka merosotkepada 241,061 kontrak daripada 241,330kontrak.
Harga MSM fizikal bagi MacSelatan berkuranganRM40 kepada RM4,800satu tan.
— Livevartha