Home Nasional Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Miri dijangka siap Januari 2026
Nasional

Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Miri dijangka siap Januari 2026

Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Miri dijangka siap Januari 2026

Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) Datuk Seri Fadillah Yusof/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 4 Mac– Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Miri, Lembangan Sungai Miri sedang dilaksana.

Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) Datuk Seri Fadillah Yusof berkata PETRA melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaksanakan projek tersebut dengan kos berjumlah RM31 juta.

Beliau berkata, kerja-kerja fizikal telah bermula pada Oktober 2023 dan dijangka siap pada Januari 2026.

Projek ini dijangka memberi manfaat kepada lebih 5,000 penduduk daripada risiko banjir dan mengurangkan kawasan banjir seluas 600 hektar.

\”Sebagai penyelesaian jangka pendek, JPS melaksanakan kerja-kerja kecil di bawah Projek Pemuliharaan Sungai untuk mengurangkan risiko banjir.

\”Peruntukan berjumlah RM37.8 juta telah disalurkan di negeri Sarawak pada tahun 2022 sehingga 2024 untuk melaksanakan 360 sebut harga dengan skop utama seperti kerja-kerja penyaluran sungai, kerja-kerja menstabilkan tebing sungai dan menaik taraf saluran serta struktur berkaitan bagi meningkatkan kualiti air sungai.

\”Senarai projek pada tahun ini pula sedang dimuktamadkan dan jumlah peruntukan adalah sebanyak RM13.1 juta\”, katanya.

Beliau memaklumkan demikian pada sesi soal jawab di Dewan Negara.

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian...

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...