Home Nasional Caruman 2% pekerja asing, jamin sistem pekerjaan adil- Anwar
Nasional

Caruman 2% pekerja asing, jamin sistem pekerjaan adil- Anwar

Caruman 2% pekerja asing, jamin sistem pekerjaan adil- Anwar

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 4 Mac- Kadar caruman sebanyak dua peratus terhadap pekerja asing dilihat sebagai langkah mempertahankan kepentingan pekerja tempatan.

Ia sekali gus bagi menjamin sistem pekerjaan yang lebih tersusun dan adil.

Tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, adalah tidak munasabah bagi negara terus bergantung kepada tenaga kerja asing.

\”Jadi, jika terpaksa mengambil mereka (pekerja asing), biarlah dikenakan kaedah, sistem, dan peraturan yang sama seperti pekerja tempatan, termasuk caruman, walaupun pada kadar minimum dan tidak membebankan.

\”Caruman ini akan menentukan rekod serta menjadi tarikan, supaya apabila mereka pulang, mereka sedar bahawa ada wang simpanan.

\”Namun, jika mereka tidak mendaftar dan pergi secara berasingan, mereka tidak akan dapat mengeluarkan simpanan tersebut.

\”Ini kerana syarat pengeluaran simpanan hanya diberikan dengan rekod bahawa mereka akan meninggalkan negara ini,\” katanya di Dewan Rakyat di sini.

Penyataan bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa.

Dalam pada itu, Anwar berkata pelaburan domestik Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada 2024 meningkat 11 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Anwar memaklumkan, KWSP merekodkan RM782 bilion jumlah pelaburan di pasaran domestik setakat Disember 2024.

\”Penghargaan kepada pengurusan KWSP sendiri kerana prestasi mereka dan ketelusan serta kecekapan yang menyebabkan kita mencatat rekod yang lebih baik.

\”Setakat Disember 2024, 63 peratus jumlah pelaburan KWSP adalah pasaran domestik iaitu RM782 bilion. Pertumbuhan ini 11 peratus ketimbang (berbanding) 2023.

\”Pencapaian dividen ini juga kerana keyakinan pelaburan kepada dasar Ekonomi MADANI. Kita capai 51 peratus yang lebih tiggi daripada unjuran tahun sebelumnya,\” katanya ketikamenjawab penyataan Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man.

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian...

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...