Home Ekonomi 600 syarikat disasar sertai Anugerah Kecemerlangan Industri 2026
Ekonomi

600 syarikat disasar sertai Anugerah Kecemerlangan Industri 2026

Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz/MITI

KUALA LUMPUR, 3 Mac- Sebanyak 600 syarikat disasarkan untuk menyertai Anugerah Kecemerlangan Industri (AKI) 2026 berbanding 357 penyertaan dalam edisi terdahulu, kataMenteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Tengku Zafrul berkata AKI yang diperkenalkan sejak 1991 bertujuan memastikan komuniti perniagaan kekal berdaya saing dalam landskap perniagaan yang semakin mencabar.

\”Apa yang penting ialah kita cuba menyokong syarikat-syarikat ini dan memastikan bahawa apabila kita membuat penilaian, kita juga membantu mereka memenuhi keperluan minimum untuk maju ke peringkat seterusnya.

\”Ia bukan sekadar anugerah, tetapi juga memberi nasihat, bimbingan dan pelbagai sokongan lain melalui infrastruktur kerajaan serta sektor swasta,\” katanya selepas pelancaran AKI 2026 di sini hari ini.

Dalam ucapannya, beliau menyatakan terdapat tiga aspek kecemerlangan bagi setiap pencalonan iaitu kualiti produk dan perkhidmatan, tadbir urus pengurusan serta keupayaan memberi nilai tambah secara berterusan.

Pada AKI 2024, anugerah tertinggi bagi kategori Anugerah Perdana Menteri dimenangi oleh CTRM Aero Composites Sdn Bhd.

Related Articles

Ekonomi

Lawatan Xi Jinping buka laluan kerjasama strategik baharu Malaysia-China

Sebanyak 31 memorandum persefahaman (MoU) dimeterai merangkumi sektor kritikal: ekonomi, perdagangan, pendidikan,...

Ekonomi

Lawatan PM ke Thailand: Malaysia raih potensi eksport RM1.07 bilion

Malaysia berjaya meraih potensi eksport berjumlah RM1.07 bilion hasil lawatan rasmi Perdana...

Ekonomi

Kempen Umrah 1,000 Asnaf: Sembilan individu pertama terima tajaan

Ketua Pegawai Eksekutif Ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin / Foto BernamaPETALING JAYA, 19 April...

Ekonomi

AirAsia buka laluan ke Uzbekistan mulai September

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 19 April – Uzbekistan komited untuk memperkukuh...