Home Ekonomi IPP pembuatan Malaysia, catat peningkatan tertinggi sejak Ogos lalu
Ekonomi

IPP pembuatan Malaysia, catat peningkatan tertinggi sejak Ogos lalu

Foto Livevartha

KUALA LUMPUR, 3 Mac- Indeks Pengurus Pembelian (IPP) pembuatan Malaysia oleh S&P Global meningkat kepada 49.7 pada Februari 2025.

Menurut S&P Global, ia merupakan bacaan tertinggi sejak Ogos tahun lepas.

IPP terkini kekal konsisten dengan pertumbuhan sederhana yang ditunjukkan data rasmi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku pertama 2025.

Sekali gus, meneruskan trend yang dicatatkan pada suku ketiga dan keempat tahun lepas.

\”Pengeluaran sektor pembuatan juga berkembang secara berterusan sehingga awal 2025, menerusi peningkatan pesanan baharu, kali pertama dalam tempoh sejak Oktober tahun lepas.

\”Peningkatan dicatatkan keseluruhan perniagaan baharu, sebahagiannya didorong pertumbuhan jualan domestik,\” menurut kenyataan itu.

Secara keseluruhan, data Februari menunjukkan trend yang semakin baik dalam sektor pembuatan Malaysia, walaupun keadaan kekal mencabar secara amnya.

Related Articles

Ekonomi

Lawatan Xi Jinping buka laluan kerjasama strategik baharu Malaysia-China

Sebanyak 31 memorandum persefahaman (MoU) dimeterai merangkumi sektor kritikal: ekonomi, perdagangan, pendidikan,...

Ekonomi

Lawatan PM ke Thailand: Malaysia raih potensi eksport RM1.07 bilion

Malaysia berjaya meraih potensi eksport berjumlah RM1.07 bilion hasil lawatan rasmi Perdana...

Ekonomi

Kempen Umrah 1,000 Asnaf: Sembilan individu pertama terima tajaan

Ketua Pegawai Eksekutif Ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin / Foto BernamaPETALING JAYA, 19 April...

Ekonomi

AirAsia buka laluan ke Uzbekistan mulai September

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 19 April – Uzbekistan komited untuk memperkukuh...