Home Nasional BRR beri manfaat kepada lebih 400,000 pengunjung dan peniaga
Nasional

BRR beri manfaat kepada lebih 400,000 pengunjung dan peniaga

BRR beri manfaat kepada lebih 400,000 pengunjung dan peniaga

Dr Fuziah Salleh

KUALA LUMPUR, 3 Mac- Lebih 400,000 pengunjung dan lebih 10,000 peniaga dijangka menerima manfaat daripada pelaksanaan Bazar Ramadan Rahmah (BRR) tahun ini sekali gus membuktikan keprihatinan kerajaan dalammemastikan kesejahteraan rakyat serta kelangsungan perniagaan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Dr Fuziah Salleh berkata, antara manfaat yang diterima termasuk inisiatif rundingan pengurangan kadar sewa tapak serta pemberian insentif e-wallet bernilai RM100 kepada peniaga yang berkelayakan.

Bagi pengunjung pula mereka berpeluang untuk mendapatkan juadah berbuka Menu Rahmah yang akan dijual pada harga tidak melebihi RM5.00.

\”KIta membantu peniaga dengan memastikan ataupun berunding dengan pengendali supaya sewa itu dikurangkan. Jadi kurang membebankan peniaga dan boleh menawarkan harga makanan lebih murah.

\”Yang menarik juga ialah di mana kita akan menggalakkan transaksi tanpa tunai menggunakan e-wallet di Bazar Ramadan Rahmah (BRR). Kita akan mengeluarkan baucar sebanyak RM20.00 kepada pengunjung,\” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi satu telesidang dalam program Selamat Pagi Malaysia (SPM) di Angkasapuri Kota Media di sini.

Mengulas lanjut, Program MySaveFood turut diperkenalkan sebagai inisiatif pengurusan pembaziran makanan secara strategik di tapak BRR.

Selain itu tahun ini BRR akan dianjurkan di 95 lokasi di seluruh negara.

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian...

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...