Home Nasional Lebih 70,000 OKU peroleh pekerjaan sejak 2020
Nasional

Lebih 70,000 OKU peroleh pekerjaan sejak 2020

Lebih 70,000 OKU peroleh pekerjaan sejak 2020

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 3 Mac- Seramai 70,566 pencari kerja orang kurang upaya (OKU) termasuk peserta Program Return To Work (RTW) telah berjaya ditempatkan pekerjaan bagi tempoh 2020 sehingga 31 Disember tahun lepas.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad memaklumkan program berkenaan membantu pencarum yang cedera atau menghidapi penyakit untuk dipulihkan dan kembali semula bekerja lebih awal, sihat dan selamat.

\”Selain itu, KESUMA (Kementerian Sumber Manusia) menerusi Pembangunan Sumber Manusia Berhad telah memfokuskan program Person With DisabilitiesDevelopment iaitu salah satu inisiatif di bawah Program Latihan MADANI untuk memperkasakan OKU dengan kemahiran latihan asas melalui pelbagai kursus yang berfokuskan kompetensi atau persijilan.

\”Setakat Disember 2024, seramai 1,915 OKU menyertai program Person With DisabilitiesDevelopment,\” katanya.

Beliau menjawab pertanyaan wakil Kuala Pilah, Datuk Adnan Abu Hassan di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Pada masa yang sama, KESUMA menerusi Jabatan Tenaga Manusia turut melatih pelajar-pelajar golongan OKU dan menyediakan bantuan berupa elaun sebanyak RM300 sebulan serta pengecualian yuran pengajian.

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian...

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...