Home Nasional 16 arahan kerja baik pulih jalan persekutuan di Sabah diluluskan
Nasional

16 arahan kerja baik pulih jalan persekutuan di Sabah diluluskan

16 arahan kerja baik pulih jalan persekutuan di Sabah diluluskan

Datuk Seri Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 3 Mac- Kementerian Kerja Raya telah meluluskan 16 arahan kerja-kerja membaik pulih jalan-jalan persekutuan di negeri Sabah dengan kos RM47.45 juta bagi daerah Kota Marudu, Kota Belud dan Kudat

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata perkara itu setelah meneliti semua anggaran kerosakan jalan dengan mengambil kira senarai keutamaan.

\”Kerja-kerja penyenggaraan kerosakan jalan ini akan dilaksanakan secara Localised Heavy Patching dan pengukuhan semula roadbased menggunakan Geogrid & Glassgrid bagi mengukuhkan struktur jalan yang telah gagal.

\”Kerja-kerja penyenggaraan di tapak telah mula dilaksanakan oleh pihak Syarikat Konsesi sejak awal Februari 2025,\” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Kota Marudu Datuk Wetrom Bahanda berkenaan usaha kementerian itu memperbaiki jalan-jalan persekutuan yang tidak selamat akibat kerosakan dan berlubang di kawasan tersebut.

Dalam pada itu beliau turut memaklumkan bahawa permohonan keseluruhan Anggaran Penyelenggaraan Jalan (APJ) tahun 2025 untuk Berkala Pavemen bagi Jalan Persekutuan Negeri Sabah adalah sebanyak RM421.994 juta.

Sehingga Februari lalu kelulusan Berkala Pavemen yang telah diberikan kepada JalanPersekutuan Negeri Sabah adalah RM117.0 juta.

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian...

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...