Home Nasional RUU Perkhidmatan Parlimen dibentang esok, beri kematangan sistem demokrasi negara
Nasional

RUU Perkhidmatan Parlimen dibentang esok, beri kematangan sistem demokrasi negara

RUU Perkhidmatan Parlimen dibentang esok, beri kematangan sistem demokrasi negara

Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 3 Mac- Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 akan dibentangkan bagi bacaan kali kedua, esok.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, selepas diluluskan kelak, ia bakal memberikan kematangan kepada sistem demokrasi negara.

\”Parlimen mercu tanda kebebasan bersuara ahli Parlimen, tetapi tidak boleh terlalu terikat dengan proses perkhidmatan awam secara menyeluruh.

\”Itu disebut RUU yang akan dibentangkan esok, yang tentunya perlukan dukungan dua pertiga ahli Parlimen,\” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.

Anwar memaklumkan, selepas Akta Perkhidmatan Parlimen 1966 dimansuhkan pada 1992, RUU itu membuka lembaran baharu bagi memperkukuh institusi tersebut.

Perkara terbabit membuktikan kesungguhan agenda Kerajaan MADANI untuk melaksanakan reformasi institusi dengan pengasingan kuasa antara eksekutif, legislatif dan kehakiman.

Dalam pada itu, beliau berkata, RUU Iltizam Kecekapan Pentadbiran Awam yang sedang digubal, meliputi tiga anjakan besar iaitu mengurangkan birokrasi, mempercepat proses dan meningkatkan kecekapan perkhidmatan.

Ia sedang dalam peringkat akhir untuk dimuktamadkan.

Sementara itu, Anwar berkata kerajaan komited meneruskan agenda reformasi institusi dengan melaksanakan perubahan, bagi menjamin ketelusan dan kecekapan dalam pengurusan kewangan serta pentadbiran awam.

Anwar memberi contoh mengenai beberapa perubahan yang telah dilakukan Kementerian Kewangan.

\”Umpamanya kita perkenalkan FRA (Akta Tanggungjawab Fiskal), bunyinya mudah tetapi tidak mudah, kerana apa yang kita janjikan soal pengurangan defisit atau belanjawan itu mesti dilaksanakan.

\”Kalau tidak dilaksanakan, harus dibentang semula. Tidak semua negara mahu buat begitu, kerana ia memerlukan tekad politik kalau betul-betul punyai iltizam untuk melakukan pembaharuan,\”katanya lagi.

Selain itu, pelaksanaan Akta Perolehan Kerajaan yang bertujuan memastikan proses dan prosedur tender serta perolehan kerajaan akan kekal dipatuhi, walaupun berlaku perubahan dalam pentadbiran.

Beliau turut melahirkan rasa syukur atas peningkatan prestasi badan penguatkuasaan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Jabatan Audit Negara, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan.

Related Articles

Gelombang haba: Separuh sekolah di Manila terpaksa ditutup
Nasional

Gelombang haba: Separuh sekolah di Manila terpaksa ditutup

Para pelajar meninggalkan sekolah akibat haba melampau. Suhu yang meningkat mendadak menyebabkan...

Banci Pertanian 2024: Data awal sedang dimuktamad
Nasional

Banci Pertanian 2024: Data awal sedang dimuktamad

Datuk Arthur Joseph Kurup/ Foto RTMKUALA LUMPUR, 3 Mac- Data awal Banci...

BRR beri manfaat kepada lebih 400,000 pengunjung dan peniaga
Nasional

BRR beri manfaat kepada lebih 400,000 pengunjung dan peniaga

Dr Fuziah SallehKUALA LUMPUR, 3 Mac- Lebih 400,000 pengunjung dan lebih 10,000...

16 arahan kerja baik pulih jalan persekutuan di Sabah diluluskan
Nasional

16 arahan kerja baik pulih jalan persekutuan di Sabah diluluskan

Datuk Seri Ahmad Maslan KUALA LUMPUR, 3 Mac- Kementerian Kerja Raya telah...