Home Nasional 223 PATI dihantar pulang: JIM Johor perketat penguatkuasaan
Nasional

223 PATI dihantar pulang: JIM Johor perketat penguatkuasaan

223 PATI dihantar pulang: JIM Johor perketat penguatkuasaan

Foto Facebook Jabatan Imigresen Johor

PONTIAN, 2 MacSeramai 223 pendatang asing tanpa izin (PATI) dari pelbagai negara telah dihantar pulang ke negara asal sepanjang minggu ini, menurut kenyataan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor di Facebook.

Kesemua tahanan yang dihantar pulang telah menjalani hukuman penjara atas pelbagai kesalahan imigresen sebelum dipindahkan ke negara masing-masing.

Daripada jumlah tersebut, 131 tahanan merupakan warga Indonesia, diikuti Myanmar (44), Bangladesh (19), Thailand (10), Vietnam (10) serta India (9).

Proses pemindahan warga asing ini diuruskan oleh Depot Imigresen Pekan Nanas, Pontian, dengan menggunakan pelbagai laluan seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Terminal Feri Stulang Laut di Pasir Gudang, serta Terminal Feri Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Sungai Melaka.

Setakat ini, Depot Imigresen Pekan Nanas telah menghantar pulang seramai 1,178 tahanan, menjadikannya rekod tertinggi yang dicapai oleh depot tersebut.

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian...

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...