Home Nasional Imarah Ramadan perlu seimbang dengan tanggungjawab pekerjaan
Nasional

Imarah Ramadan perlu seimbang dengan tanggungjawab pekerjaan

Imarah Ramadan perlu seimbang dengan tanggungjawab pekerjaan

Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim atau lebih dikenali sebagai PU Amin/RTM

KUALA LUMPUR, 2 Mac-Umat Islam diingatkan agar menyeimbangkan amalan sunat sepanjang Ramadan tanpa mengabaikan tanggungjawab kerja, kata pendakwah bebas Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim.

Beliau berkata ibadah seperti bertadarus, berzikir dan mendengar tazkirah amat digalakkan, namun perlu dilakukan tanpa menjejaskan pekerjaan kerana ia adalah satu amanah serta kewajipan.

\”Amalan sunat ini banyak dan boleh dilakukan mengikut kesesuaian. Jika ada kelapangan, mendengar tazkirah atau ceramah adalah baik, tetapi jangan sampai mengambil masa kerja kerana itu sudah dikira mencuri masa.\”

\”Pekerjaan adalah satu kewajipan dan amanah, manakala tazkirah atau ceramah pula merupakan pelengkap ibadah,\” katanya kepada RTM selepas menjadi tetamu program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri di sini hari ini.

Mohamad Amirul atau lebih dikenali sebagai PU Amin menyarankan agar amalan seperti berzikir dan mendengar ayat suci al-Quran dilakukan dengan seimbang semasa bekerja termasuk oleh penjawat awam bagi mengimarahkan Ramadan tanpa mengabaikan tugas hakiki.

Pendekatan ini juga selari dengan saranan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Program Ihya\’ Ramadan yang menekankan bulan suci Ramadan bukan sekadar peluang meningkatkan amalan peribadi, tetapi juga sebagai momentum untuk memperkukuh nilai integriti, disiplin dan tanggungjawab dalam pentadbiran negara.

0203 SPM KERJA IBADAH WAJIB RAMADAN 2
PU Amin ketika menjadi tetamuprogram Selamat Pagi Malaysia hari ini/RTM

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian...

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...