Home Nasional ATM seru penyertaan lebih ramai masyarakat Cina dan India
Nasional

ATM seru penyertaan lebih ramai masyarakat Cina dan India

ATM seru penyertaan lebih ramai masyarakat Cina dan India

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyeru lebih ramai anak muda daripada masyarakat Cina dan India untuk menyertai perkhidmatan ketenteraan / Foto Hiasan / Bernama

KUALA LUMPUR, 1 Mac – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyeru lebih ramai anak muda daripada masyarakat Cina dan India untuk menyertai perkhidmatan ketenteraan dalam usaha memperkukuh pertahanan negara.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan berkata pelbagai inisiatif telah diambil bagi meningkatkan penyertaan kaum lain, termasuk promosi di sekolah serta penglibatan terbuka dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

\”Ketika ini, penyertaan masyarakat Cina dalam perkhidmatan tentera hanya sekitar 0.3 peratus daripada lebih 90,000 anggota, manakala masyarakat India mencatatkan 1.3 peratus.

\”Sebaliknya, sokongan yang lebih tinggi diterima daripada Bumiputera Sabah dan Sarawak, dengan selebihnya terdiri daripada orang Melayu,\” katanya dalam sidang media selepas Perbarisan Hari Tentera Darat Ke-92 di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi, di sini.

Menurut beliau, pihak ATM sedang meneliti semula aspek gaji dan faedah perkhidmatan bagi menarik minat lebih ramai anggota daripada pelbagai kaum, kerana kajian mendapati faktor ekonomi menjadi salah satu punca kurangnya penyertaan.

\”Kami mahu mereka memahami bahawa ATM bukan sekadar kerjaya, tetapi juga satu bentuk sumbangan kepada negara yang menjanjikan keselamatan, kestabilan hidup serta tanggungjawab yang bermakna,\” katanya.

Perbarisan Hari Tentera Darat Ke-92 bertemakan \”Sinergi Tentera Darat dan Rakyat: Pemangkin Aspirasi Angkatan Masa Depan\” menekankan kepentingan teknologi serta kerjasama masyarakat dalam memperkukuh pertahanan negara.

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian...

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...