Home Nasional Ihya’ Ramadan: PM akan santuni penjawat awam, rakyat
Nasional

Ihya’ Ramadan: PM akan santuni penjawat awam, rakyat

Ihya’ Ramadan: PM akan santuni penjawat awam, rakyat

FOTO FACEBOOK Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 1 Mac-Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melaksanakan Program Ihya’ Ramadan di pelbagai kementerian sepanjang bulan Ramadan inibagi menyantuni penjawat awam.

Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata Perdana Menteri juga akan turut menyampaikan tazkirah ringkas dalam program berkenaan bersama penceramah jemputan.

Beliau berkataprogram itu bertujuan menjadikan Ramadan sebagai madrasah rohani, bukan sahaja dalam aspek ibadah tetapi juga pembentukan nilai dan akhlak dalam pentadbiran negara.

\”Program ini bertujuan memupuk nilai kejujuran, disiplin dan tanggungjawab dalam kalangan penjawat awam, selaras dengan teras kesejahteraan dalam gagasan Malaysia MADANI.

\”Perdana Menteri juga akan turun ke beberapa negeri sepanjang Ramadan bagi memperkukuh hubungan antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri,\” katanya menerusi taklimat harian yang disiarkan menerusi Facebook Anwar Ibrahim dan PMO Malaysia pagi tadi.

Nashrul turut memaklumkan Perdana Menteri akan menghadiri Majlis Berbuka Puasa MADANI bersama rakyat di negeri-negeri yang dikunjungi. Perincian tarikh dan lokasi bagi setiap majlis akan diumumkan dalam masa terdekat melalui saluran rasmi kerajaan.

Dalam pada itu, bermula hari ini, satu taklimat dikendalikan Pejabat Perdana Menteri (PMO) akan disiarkan secara langsung setiap hari bagi memastikan rakyat menerima maklumat tepat dan sahih secara terus daripada sumber rasmi.

Taklimat itu akan disiarkan menerusi Facebook Anwar Ibrahim dan PMO Malaysia pada pukul 11.00 pagi dan 5.00 petang setiap hari.

Nashrul berkata taklimat harian itu bertujuan memperjelaskan perkembangan semasa, dasar utama kerajaan serta isu-isu yang menjadi perhatian rakyat. Ia juga merupakan langkah penting untuk menangkis penyebaran fitnah serta maklumat palsu yang mengelirukan masyarakat.

\”Dalam era pasca normal yang menyaksikan maklumat tersebar luas dengan pantas, keperluan untuk mendapatkan fakta yang tepat dan sahih adalah amat penting.

\”Menyedari hakikat ini, Perdana Menteri (Anwar Ibrahim) bersetuju untuk memperkenalkan Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri yang akan disiarkan secara langsung.

\”Tujuan utama taklimat ini adalah untuk memastikan rakyat menerima maklumat yang tepat dan sahih secara terus daripada sumber rasmi yakni Pejabat Perdana Menteri. Jadi orang ramai disaran mengikuti taklimat ini bagi mendapatkan gambaran yang jelas mengenai dasar serta inisiatif kerajaan secara langsung daripada sumber rasmi,\” katanya.

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian...

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...