Home Ekonomi Malaysia bakal jadi pusat operasi ARM Holdings
Ekonomi

Malaysia bakal jadi pusat operasi ARM Holdings

Syarikat semikonduktor terkemuka dunia, ARM Holdings Plc, berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat operasinya / Foto Hiasan / Reuters

PUTRAJAYA, 28 Februari – Syarikat semikonduktor terkemuka dunia, ARM Holdings Plc, berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat operasinya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu telah dibincangkan bersama Ketua Pegawai Eksekutif syarikat berkenaan secara dalam talian, pagi tadi.

Menurutnya, kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan awal dan perjanjian dijangka dimuktamadkan dalam masa terdekat.

“Pagi tadi memang saya sempat bercakap dengan ARM dan pelabur 95 peratus ini adalah Masayoshi Son. Pihaknya minta supaya ARM Holdings Plc diterima, dan beberapa peraturan kita nampak sudah dipersetujui.

\”Pada dasarnya, mungkin minggu depan dapat kita uruskan dan selesaikan. Dia juga bersetuju supaya perkara ini dapat diselesaikan sebelum bulan Ramadan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Logo Malaysia Madani (Singgah MADANI) di sebuah premis makanan, di sini.

Related Articles

Ekonomi

Lawatan Xi Jinping buka laluan kerjasama strategik baharu Malaysia-China

Sebanyak 31 memorandum persefahaman (MoU) dimeterai merangkumi sektor kritikal: ekonomi, perdagangan, pendidikan,...

Ekonomi

Lawatan PM ke Thailand: Malaysia raih potensi eksport RM1.07 bilion

Malaysia berjaya meraih potensi eksport berjumlah RM1.07 bilion hasil lawatan rasmi Perdana...

Ekonomi

Kempen Umrah 1,000 Asnaf: Sembilan individu pertama terima tajaan

Ketua Pegawai Eksekutif Ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin / Foto BernamaPETALING JAYA, 19 April...

Ekonomi

AirAsia buka laluan ke Uzbekistan mulai September

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 19 April – Uzbekistan komited untuk memperkukuh...