Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Livevartha) –Bursa Malaysia mengalami penurunan berbanding kenaikan semalam untuk ditutup lebih rendah pada Khamis apabila pelabur mengambil pendekatan mengelak risiko berikutanketidaktentuan luaran yang semakin meningkat, kata seorang penganalisis.
Pada 5 petang,FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.11 mata kepada 1,586.60 daripada 1,588.71 ketikaditutup pada Rabu.
Indeks petunjuk pasaran dibuka 0.72 mata lebih rendah pada 1,587.99 dan bergerak antara 1,583.45 dan 1,588.29 sepanjang hari.
Bagi keseluruhanpasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 573 berbanding 419manakala 484 kaunter tidak berubah, 912 kaunter tidak diniagakandan 97 kaunter yang lain digantung.
Jumlah dagangan naikkepada 2.89 bilion unit bernilai RM2.45 bilion daripada2.81 bilion unit bernilai RM2.47 bilion pada Rabu.
Sementara itu, Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn BhdMohd Sedek Jantanberkata sektor teknologi serta produk dan perkhidmatan industrimenunjukkan daya tahanyang berterusan.
"Kami percaya pemulihan sektor ini disokong oleh prestasi pendapatan kukuh Nvidiayang melepasi jangkaan pasaran.
"Ini meningkatkan sentimen dalam sektor teknologi dan kecerdasan buatan (AI). Penurunanmendadak harga minyak juga berkemungkinan dapat mengurangkan tekanan dalam kos operasi pada 2025," katanya kepada Livevartha.