Home Pasaran Ringgit Terus Ditutup Rendah Susulan Sentimen Bercampur-campur Pasaran
Pasaran

Ringgit Terus Ditutup Rendah Susulan Sentimen Bercampur-campur Pasaran

Ringgit Terus Ditutup Rendah Susulan Sentimen Bercampur-campur Pasaran

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 27 Feb(Livevartha)–Ringgit terus lemah berbanding dolar AS di tengah-tengah sentimen pasaran yang bercampur-campur ketikaAmerika Syarikat (AS) bersiap sedia untuk mengenakan tarif 25 peratus ke atas Kanada dan Mexico pada awal Mac.

Pada 6 petang, ringgit susutkepada 4.4410/4480 daripada 4.4260/4305 pada Rabu.

Ketua ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkataringgit secara umumnya lebih lemah berbanding dolar AS, berada rendahsedikit daripada paras rintangan segera pada RM4.45.

Beliau berkata mata wang negara-negara Asia juga mencatatkan prestasi lemah berbanding dolar AS.

Kemerosotan hasil Perbendaharaan AS dan prestasi kurang memberangsangkanpasaran ekuiti global memberi bayangan bahawa para pelabur mungkin mengambil pendekatan mengelak risiko.

Hasil Perbendaharaan AS 10 tahun turunsebanyak 33 mata asas kepada 4.25 peratus.

“Keadaan pasaran sedemikian lazimnya akan memberi manfaat kepada dolar AS kerana peniaga dan pelabur mencari perlindungan daripada turun naik pasaran.

“Aliran keluar bersih dana asing yang berterusan dalam ekuiti Malaysia juga menunjukkanminatrisiko pelabur asing telah menurun dan menjadi defensif.

Related Articles

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) — Ringgit dijangka...

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Diniagakan Dalam Aliran Menurun Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Diniagakan Dalam Aliran Menurun Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) –Pasaran niaga hadapan...

Niaga Hadapan Emas Didagangkan Dengan Berhati-hati Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Didagangkan Dengan Berhati-hati Minggu Depan

Gambar Fail Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) —...

Pasaran Getah Dijangka Lengang, Cenderung Menurun Susulan Ketidaktentuan Global
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Lengang, Cenderung Menurun Susulan Ketidaktentuan Global

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 19 April (Livevartha) –Pasaran getah...