Home Ekonomi KPMG buka permohonan untuk program biasiswa
Ekonomi

KPMG buka permohonan untuk program biasiswa

KPMG buka permohonan untuk program biasiswa

PETALING JAYA: Firma perkhidmatan profesional, KPMG in Malaysia mengulangi komitmennya terhadap pembelajaran sepanjang hayat dan pemerkasaan pendidikan melalui KPMG Young Star Scholarship Program, yang kini menerima permohonan.

Rakan Kongsi Urusan KPMG in Malaysia, Foong Mun Kong berkata, program utama di bawah Dana Amanah Pendidikan (ETF) KPMG ini menyediakan bantuan kewangan, pembangunan profesional dan peluang kerjaya kepada pelajar sarjana perakaunan dan kewangan berpencapaian tinggi dari latar belakang yang kurang berkemampuan.

Katanya, KPMG melihat pembelajaran sebagai satu perjalanan yang berterusan melangkaui bilik darjah dan memacu pertumbuhan peribadi dan profesional. 

“Ia adalah perjalanan sepanjang hayat yang membuka pintu kepada peluang baharu dan memotivasikan pembangunan peribadi.

“Melalui KPMG Young Star Scholarship Program, kami melabur dalam generasi pemimpin akan datang dengan melengkapkan mereka dengan peluang penentu kerjaya, kemahiran penting dan pengalaman,” katanya dalam kenyataan.

Sejak pelancaran Dana Amanah Pendidikan KPMG pada 2022, KPMG telah menjanjikan RM5 juta dalam tempoh sedekad.

Setiap tahun, kira-kira RM500,000 diperuntukkan untuk menyokong pelbagai program biasiswa dan penajaan KPMG, termasuk biasiswa tersebut.

Sehingga kini, program tersebut telah menyokong hampir 200 penerima dan 71 peratus daripada penerima ini datang daripada komuniti B40.

Tambahnya, bagi melayakkan diri untuk KPMG Young Star Scholarship Program, pemohon mestilah warganegara Malaysia dan pelajar prasiswazah pada tahun kedua kedua dengan baki sekurang-kurangnya satu tahun akademik penuh.

Pemohon juga perlu mempunyai Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) minimum 3.5 dalam Sijil Tinggi Pendidikan Malaysia (STPM), A-Levels, asasi atau diploma, kemahiran kepimpinan yang terbukti dan penyertaan aktif dalam aktiviti kokurikulum, latar belakang dalam perakaunan dan kewangan serta tidak memegang biasiswa lain pada masa ini.

Menurut KPMG, pemohon yang berjaya akan menerima sokongan kewangan, penempatan latihan terjamin dan peluang pekerjaan di KPMG in Malaysia selepas tamat pengajian, penajaan untuk melengkapkan kelayakan Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA) mereka dan faedah lain daripada program tersebut.

“Permohonan untuk KPMG Young Star Scholarship Program 2025 dibuka sehingga 6 April 2025.

“Calon yang disenarai pendek akan dimaklumkan untuk peringkat pemilihan seterusnya. Untuk butiran lanjut atau memohon, sila layari kpmg.com.my/educationtrustfund,” ujarnya.-UTUSAN

Related Articles

Ekonomi

Ringgit tinggi meskipun DXY meningkat, naik berbanding mata wang lain

Foto Hiasan / FailKUALA LUMPUR, 13 Mac – Ringgit diniagakan lebih tinggi...

Ekonomi

Kadar jangka pendek diunjurkan kekal kukuh disokong operasi BNM

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 13 Mac- Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil pada...

UEM Lestra, ACWA Power meterai perjanjian kerjasama strategik
Ekonomi

UEM Lestra, ACWA Power meterai perjanjian kerjasama strategik

PETALING JAYA: UEM Lestra Berhad (UEM Lestra), anak syarikat milik penuh dan...

Ekonomi

Sistem Akaun Negara 2025 diiktiraf sebagai piawaian antarabangsa

Foto Hiasan / FailKUALA LUMPUR, 12 Mac – Sistem Akaun Negara 2025...